window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Grand Carnival 2020 baru. Muat satu pasukan bola sepak!

Haris · May 19, 2020 05:30 PM

Kia Grand Carnival 2020 baru. Muat satu pasukan bola sepak! 01

Naza Kia telah melancarkan Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk baru di Malaysia secara rasmi. MPV 11 tempat duduk terbaru ini menggantikan Kia Grand Carnival 8 tempat duduk (sebelum ini dijual dalam 2 varian; KX - RM 158,788, SX - RM 188,788) dan kali ini hanya ditawarkan dalam satu varian dengan harga pasaran RM 179,888.

Kia Grand Carnival yang terbaru ini menampilkan tempat duduk Multiflex yang inovatif di mana pemilik boleh menyesuaikan susunan tempat duduk mengikut keperluan keluarga, sama ada untuk memuatkan penumpang yang ramai atau lebih banyak bagasi untuk perjalanan.

Antara ciri-ciri terbaru Grand Carnival 11 tempat duduk ini adalah rak bumbung baru dan tingkap kuasa satu sentuhan dengan fungsi anti-tersepit. Di bahagian dalamnya pula, Grand Carnival mendapat skrin sesentuh 7.0 inci menggunakan antara-muka mesin manusia (human machine interface) dengan sambungan ke Android Auto dan Apple CarPlay.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat juga fungsi kawalan suara untuk sistem infotainment baru ini. Kia juga telah menambah pengkalan pengecasan USB tambahan di baris keempat untuk memberikan lebih kemudahan kepada penumpang di belakang.

Selain itu, reka bentuk Kia Grand Carnival 11 tempat duduk ini masih sama seperti versi 8 tempat duduk yang terdahulu. Oleh itu, ciri-ciri seperti pintu kuasa gelungsur dan roda 18 inci masih dikekalkan. Ia juga menggunakan enjin diesel turbo TCI 2.2 liter yang sama, menghasilkan 200 PS dan 440 Nm dengan gandingan transmisi automatik 8-kelajuan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda