Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S!

Zamil Syaheer · Aug 24, 2021 01:00 PM

Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S! 01

Kia K3 GT facelift 2022, atau lebih dikenali sebagai Kia Cerato atau Kia Forte di pasaran lain dilancarkan pada bulan April tahun ini. Hatchback ini telah menerima beberapa perubahan reka bentuk termasuklah lampu depan dan belakang yang tampak lebih sporty.

Secara keseluruhan, K3 GT adalah kereta yang sangat cantik, lebih-lebih lagi di sekitar bandar raya Seoul pada waktu malam.

Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S! 02

K3 GT ingin mencabar Volkswagen Golf GTI, tetapi ia 40 PS kurang daripada hatchback berlegenda itu. Kuasa ini datang dari enjin 1.6 liter berpengecas turbo petrol yang menghasilkan 203 PS dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Selain itu, K3 GT mempunyai penambahan baru seperti suspensi belakang multi-link, penyerap hentak Bilstein, brek yang ditingkatkan, dan juga tayar Michelin Pilot Sport 4.

Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S! 01

Untuk menaikkan imej sporty, K3 GT menampilkan aksen merah pada gril depan, ‘diffuser’ belakang, dan ekzos tip berganda. Seperti yang telah kami sebutkan, reka bentuk lampu depan juga telah diganti untuk mencerminkan reka bentuk K3 Sedan yang baru.

Juga baca: Kia K3 (Cerato/Forte) ‘facelift’ 2021 didedah, ini bukan Honda City ya!

Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S! 02

Di bahagian interior pula, K3 GT mendapat kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci sepenuhnya baru serta sistem infotainment baru dengan ukuran yang sama. Aksen merah juga menghiasi bahagian dalam untuk lebih menekankan imej sporty seperti paddle shifters dan aluminium pedal.

Kia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S! 03

Harga di Korea bermula dari KRW 27,000,000 (sekitar RM 97,000).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Kia Cerato 1.6 SX

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru