Kia KY bakal diperkenalkan pada tahun ini, saingan Perodua Alza?
Faisal ยท Jan 7, 2021 01:00 PM
0
0
Peminat Kia boleh menjangkakan sebuah MPV kompak 7 tempat duduk yang baru pada tahun ini. Menurut dokumen yang telah tular, ia dikenali sebagai Kia KY.
Berdasarkan media di India, penularan fail pembentangan ini menunjukkan pelan Kia untuk tahun 2021. Walaupun belum ada butiran yang lanjut, Kia KY dikhabarkan memegang konsep MPV kompak 7 tempat duduk – seperti Perodua Alza.
Pada masa yang sama, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Kia KY akan diasaskan oleh MPV Hyundai Staria yang akan datang. Untuk maklumat anda, model ini akan dibina di kilang Hyundai di Indonesia. Di samping itu, media di Indonesia berpendapat bahawa Kia KY mungkin bersaing dengan Suzuki Ertiga.
Dikhabarkan juga bahawa Kia KY akan hadir dengan tren kuasa yang sama seperti yang digunakan pada Kia Seltos. Untuk pengetahuan anda, Kia Seltos di Malaysia dikuasai oleh enjin 1.6L aspirasi natural (123 PS, 151 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Kia telah mensasarkan jualan tahunan sebanyak 76,000 unit buat SUV segmen B tersebut. Sebanyak 26,000 unit akan dieksport ke pasaran yang membangun seperti di rantau ASEAN. 50,000 unit lagi ditetapkan untuk pasaran India.
Namun begitu, masa depan Kia Seltos di Malaysia seperti tergantung. Sejak dipertonton kali pertama pada Februari 2020, pasaran masih enggan menyebelahinya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.