window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani

Mersita · Jul 1, 2020 01:30 PM

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 01

Kia Motors America (KMA) baru-baru ini memperkenalkan sedan saiz pertengahan iaitu Kia Optima/K5 2020 serba baru. Dipadatkan dengan enjin turbocharged dan direka dengan rupa bentuk berani dan ‘sporty’, Kia K5 baru ini menawarkan pemanduan yang berkuasa lagi bergaya.

Kia K5 ini dibina di atas platform N3 serba baru, ada pilihan untuk all-wheel drive (AWD), dipadatkan pula dengan enjin turbocharged 1.6L dan 2.5L, ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta teknologi berimpak tinggi.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 02

Sedan terbaru Kia ini akan mula dijual pada musim panas, dan K5 akan dikeluarkan dalam empat varian tahap aksesori yang baru pada musim luruh nanti iaitu LX, LXS, GT-Line dan EX.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rupa bentuk berani dan ‘sporty’

K5 direka dengan bahagian tengah “tiger face” serba moden, berserta gril hadapan yang lebar dan nipis mengunjur ke lampu hadapannya dan struktur hud kereta.

Dari sudut sisi pula, siluet rendah dan ‘fastback’ membuatkan kereta ini tampak bersedia untuk memacu, ditonjolkan lagi dengan perincian krom dari garisan atapnya sehinggalah cermin belakang.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 01

GT-Line dan GT akan diberi rekaan gril hadapan berjaring dan perincian dwi-krom pada hujung ekzos. Ia juga direka dengan daytime running lights (DRL) dengan efek “Heart Beat” dan lampu brek yang melintang kemas sepanjang bahagian belakangnya.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 02

Kia K5 ini didatangkan dengan rim aloi 16, 18 atau 19 inci yang baru (rim 18 dan 19 inci akan dipadankan dengan tayar Pirelli P-Zero).

Ruang dalaman yang mengagumkan

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 03

Kokpit dengan susunatur terbuka dipadankan dengan paparan infotainmen yang secara lembutnya bergabung dengan panel instrumen, memberikan susunatur yang futuristik dan 3D untuk pemandu. Perincian-perincian lain termasuk:

  • Tombol gear jenis “aircraft”
  • Campuran antara pilihan pelapik yang premium dan 'sporty' – tempat duduk kulit berperincian merah, kemasan papan pemuka dan panel pintu seperti-kayu dan metalik satin krom.
  • ‘Sunroof’ panoramik
  • Stereng sport, ‘flat-bottom’ (GT-Line, GT)

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 04

Saiz dan Dimensi

K5 ini dibina di atas platform N3 generasi ketiga yang lebih maju dan akan digunapakai untuk model-model Kia seterusnya. Dengan platform ini, K5 dapat dibina dengan lebih rendah dan lebar yang menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 05

Enjin Turbocharged

Kia K5 didatangkan dengan dua pilihan enjin turbocharged dimana salah satunya diberi all-wheel drive (AWD). Enjinnya juga amat berkuasa dan Kia menyatakan yang ia mampu menjana tork yang terbaik dalam kelasnya.

  • Enjin GDI turbocharged 2.5L dengan 4 silinder MPI, menjana 290 PS dan 422 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac ‘basah’ 8-kelajuan (GT) yang baru (mencapai 97 km/jam dalam 5.8 saat).

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 06

  • Enjin GDI turbocharged 1.6L dengan 4 silinder dengan Continuously Variable Valve Duration (CVVD), menjana 180 PS dan 264 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan serba baru (LX, LXS, GT-Line, EX). Didatangkan dengan pilihan all-wheel drive (AWD) untuk kebolehan pemanduan yang ditingkatkan.

Mod pemanduan Normal, Smart, Sport, dan Custom membolehkan penyesuaian dibuat untuk tren kuasanya.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 07

Teknologi Keselamatan dan Aksesori

Kia K5 serba baru ini didatangkan dengan:

  • Skrin sentuh 8 inci atau 10.25 inci beresolusi tinggi dan fungsi ‘split-screen’
  • Sambungan Bluetooth baharu untuk sambungan 2 telefon bimbit pada satu masa
  • Telematik UVO dengan profail pengguna
  • Sistem bunyi Bose Premium dengan 12 speaker berprestasi tinggi
  • Active Sound Design untuk pemanduan lebih dinamik
  • Apple CarPlay dan Android Auto
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Perisian pengenal arahan suara yang dapat mengesan arahan seperti “turn on the A/C” dan macam-macam lagi.
  • Fungsi Smart Key yang mampu mengesan dan melaraskan suhu kabin dan membuka but belakang secara automatik.

Kia Optima/K5 2020 - sports sedan AWD dengan enjin turbocharged 1.6T, 2.5L dan rupa bentuk berani 08

Kia K5 terbaru ini juga dipadatkan dengan Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS) dibawah suite “Kia Drive Wise” yang merangkumi:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Lane Following Assist (LFA)

serta beberapa lagi kelengkapan ADAS yang boleh dipilih untuk melengkapi kereta ini dengan ciri keselamatan yang lebih baik. Ia juga dipadatkan dengan Standard Rear Occupant Alert untuk memberi amaran kepada pemandu tentang penumpang di belakang semasa hendak keluar kereta serta mod pemanduan “Snow” untuk pemanduan selamat dalam apa jua keadaan cuaca.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Kia Optima EX 2.0

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda