window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula?

Mersita · Apr 17, 2021 02:00 PM

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 01

Zaman kegemilangan Naza sudah berakhir, tetapi kejadian ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dalam hanya satu generasi setelah arwah Tan Sri SM Nasimuddin iaitu pengasas asal Naza meninggal dunia, Naza sudah kehilangan semua ‘permata’ berharganya – Kia, Peugeot, Citroen, Harley Davidson, dan Aprillia – iaitu batu asas kepada empayar automotif mereka yang suatu ketika dahulu gilang gemilang.

Pada tahun kemuncaknya iaitu 2006, Naza berjaya menjual lebih banyak kereta berbanding Honda Malaysia – 35,998 unit Kia (termasuklah model-model Kia yang berlencanakan Naza atas lesen) lawan 26,527 unit oleh Honda.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 02

Zaman kegemilangan Naza

Bermula dari tahun 2021, Naza mahu mengorak semula langkah mereka dengan kanvas putih. Syarikat itu sedang bersiap-siaga untuk program transformasi Naza 2.0.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Siapa akan ambil-alih Kia di Malaysia? Peugeot maju kedepan dengan Berjaya Auto Alliance

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 01

Baca juga: Peugeot, Citroen dan DS sah bernaung di bawah Bermaz, Malaysia jadi hub eksport serantau!

Memandangkan Kia dan Peugeot sudah dilepaskan, Naza mahu mula semula dengan pegangan francais Suzuki yang kini diletakkan di bawah naungan Naza Eastern Motors. Ia akan menjadi usaha teroka automotif baharu yang pertama di bawah Naza 2.0.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana Naza Eastern Motors akan merubah cara kerja mereka kali ini, kami menghubungi Mohamad Redza Azizan, Ketua Syarikat untuk Suzuki di Naza Eastern Motors.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 02

Dalam proses penubuhan bisnes Suzuki berkenaan, Redza sentiasa ingat untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan yang dibuat pada masa dahulu.

Daripada menceburi usaha pengembangan bisnes seluruh negara dengan pantas dimana ia akan menyebabkan sumber-sumber syarikat diregangkan terlalu ketat, sebaliknya Redza mahukan Naza Eastern Motors untuk perbetulkan perkara-perkara asas terlebih dahulu.

“Saya rasa apa yang berlaku pada masa dahulu ialah kami berkembang dengan terlalu pantas. Kami meluaskan perniagaan terlalu cepat. Apa yang Tan Sri lakukan memang hebat. Beliau bermula dengan ‘grey imports’, beliau bina kilang sendiri. Beliau memang lakukan yang terbaik untuk Naza Kia. Bagi beberapa tahun pertama, mereka adalah jenama No.4, betul-betul di belakang Toyota (dan Proton, Perodua), jauh di hadapan meninggalkan Honda dan jenama-jenama lain.

“Kemudian, saya rasakan yang beliau meninggal dunia terlalu awal. Pada masa itu, terdapat ‘digital disruption’ (penggunaan digital meningkat mendadak sehingga mengganggu proses konvensional). Para prinsipal (dari jenama lain) mula masuk ke pasaran dan kami tidak bersedia pada masa itu. Saya rasa kami dah belajar dari kesilapan ini. Kami mahu perbetulkan perkara-perkara yang perlu dari awal lagi. Kami tidak akan tekankan jumlah jualan yang tinggi. Kami akan biarkan ia tumbuh secara organik, dan kami akan tubuhkan struktur yang lebih baik – untuk servis selepas-jualan, jualan, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan.

“Naza 2.0 kali ini sudah dibincangkan sejak beberapa tahun yang lalu. Pandemik yang melanda mempercepatkan perjalanannya. Rancangan Naza memang dari dulu lagi adalah untuk mengecilkan bisnes supaya ia boleh tumbuh mekar semula,” kata Redza.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 03

Naza bukannya tergesa-gesa untuk mencapai angka jualan tinggi atau mendaftarkan seberapa banyak pengedar yang boleh.

“Bagi rangkaian pengedar, bukan rancangan kami untuk berkembang kepada 40 atau 50 pengedar di seluruh negara. Kami rancang hanya untuk bandar-bandar besar – mungkin di Utara, satu di Selatan dan satu lagi di tengah-tengah. Itu sudah mencukupi.”

Buat masa sekarang, satu-satunya kedai Suzuki adalah kedai perdana yang diusahakan oleh Naza Eastern Motors di Naza Auto Mall bersebelahan Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 04

Naza tidak merancang untuk membuka mana-mana kedai milik Naza yang baharu. Kedai yang akan dibuka nanti akan dibuka dan dimiliki oleh pengedar, tapi ia mungkin hanya akan berlangsung menjelang suku ketiga tahun ini.

Buat masa ini, Naza hanya akan memberi tumpuan kepada dua model niche – iaitu Suzuki Swift Sport dan satu lagi model adalah model buatan Jepun yang belum disahkan, dipercayai akan diumumkan sebagai Suzuki Jimny.

Belum ada rancangan untuk memasang mana-mana model Suzuki secara domestik dalam masa terdekat ini.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 05

Ya, Swift Sport boleh didapati dalam kemasan pelbagai warna lain selain daripada kuning

Redza menjelaskan yang akan ada perubahan dibuat pada insentif CKD di Malaysia. Syarat-syarat bagi rebat cukai eksais kini semakin ketat dan agak sukar bagi pemain kecil industri seperti Naza Eastern Motors untuk mencapainya.

“Memandangkan polisi CKD tidak begitu jelas dan mungkin berubah-ubah, kami membuat keputusan untuk mengambil jalan selamat dan hanya teruskan saja dengan barisan model CBU. Inilah sebabnya mengapa kami melihat model CBU sahaja dari Jepun, dan sebagai gerak langkah ke hadapan, model-model CBU dari negara ASEAN lain juga termasuk sekali,” tambah Redza.

Suzuki Swift Sport kini dijual dengan harga RM 139,900, boleh didapati hanya dengan transmisi automatik atas sebab-sebab yang sudah kami jelaskan di sini.

Baca juga: Kia diselamatkan Bermaz, Kia Seltos dan Kia Carnival versi CKD bakal menyusul!

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 06

Bagi Suzuki Jimny pula, kalaulah menjadi, hanya akan tiba selepas semuanya selesai kerana SUV ikonik dengan rupa retro menghadapi kekurangan bekalan dalam peringkat global.

Walaupun dengan harganya iaitu sekitar RM 200,000 (anggaran), kereta ‘cult’ ini mempunyai senarai menunggu yang terlalu lama di seluruh dunia. Pembeli-pembeli di Indonesia sampaikan sanggup menunggu selama 2 tahun untuk dapatkan model ini.

Di Thailand, hanya 90 unit dihantar ke sana dan semuanya habis terjual sejurus selepas penghantarannya tiba.

Baca juga: Suzuki Jimny berharga RM 200k habis dijual di Thailand, Malaysia apa macam?

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 07

Bolehkah Naza menebus dirinya sendiri?

Terlalu awal untuk kita katakan ya atau tidak. Punca kerisauan yang lebih besar ialah orang-orang yang memegang syarikat tersebut masih lagi kumpulan sosialit popular yang sama dimana mereka lebih terkenal di media sosial selain daripada membina bisnes keluarga itu sendiri.

Dan yang lebih penting, bolehkah Suzuki capai prestasi yang lebih baik kali ini?

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 08

Sudah terhantuk, baru terngadah

Terdahulu, Suzuki dikelirukan oleh rakan DRB-Hicom mereka iaitu Proton dimana mereka menceburi satu perkongsian yang tidak kekal lama untuk Proton Ertiga. Akhirnya, mereka ditinggalkan oleh Proton dengan kedatangan Geely.

Bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap perkongsian ini, Suzuki meninggalkan pasaran Malaysia – satu langkah kurang bijak yang membuatkannya harus masuk kembali ke Malaysia dengan Naza.

Suzuki sememangnya amat berjaya di India dan Indonesia. Namun, di Malaysia pula, syarikat itu diselubungi sejarah hitam dalam kebolehan mereka untuk membaca gerak-geri dan karakter syarikat yang pernah berganding bahu dengannya.

Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula? 09

Perkara yang sudah cukup jelas ialah individu-individu yang menggerakkan rancangan Naza Eastern Motors cukup arif dalam bidang masing-masing. Tahukah anda yang Malaysia melancarkan Swift Sport lebih awal daripada pasaran-pasaran Suzuki yang lebih besar di rantau ini; contohnya Thailand, Indonesia, dan Singapura?

Baca juga: Suzuki Swift Sport 2021 - patut beli ‘recond’ atau beli baru dari Naza?

Persoalannya sekarang ialah mampukah Naza – yang masih dikepalai oleh kumpulan pemilik yang sama – untuk mengekalkan individu berbakat ini, mengambil satu langkah ke belakang dan cuba fahami bahawa mereka bukanlah individu-individu yang terbaik untuk mengemudi syarikat ini (hasil terdahulu cukup jelas sebagai bukti), serta memperkasakan pengurus-pengurus profesional ini untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda