Kia Asia Pacific (APAC) memperluaskan lagi kehadiran di Malaysia dengan pembukaan Pusat Latihan Kia Asia Pacific di Glenmarie, Shah Alam semalam. Menariknya, ini merupakan pusat latihan global kelima Kia selepas Jerman, Rusia, UAE dan Amerika. Pengembangan yang berfungsi sebagai ibu pejabat serantau untuk Kia Asia Pacific ini menunjukkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai hab penting di rantau Asia Pasifik.
Pusat baru ini berpotensi memupuk inovasi dan perkhidmatan cemerlang di seluruh rantau APAC. Pusat ini juga akan memperkayakan kakitangan operasi, jualan dan selepas jualan anak syarikat serta pengedar dengan Latihan Kecemerlangan Automotif.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kevin Ahn, Presiden dan CEO Kia Asia Pacific, berkata, “Malaysia dipilih daripada 34 pasaran kami di APAC kerana lokasi strategiknya, membolehkan kami memenuhi keperluan industri yang berkembang sambil memastikan barisan hadapan dalam kemajuan teknologi. Kepelbagaian bakat dan kemahiran bahasa yang kuat di Malaysia juga menjadikan negara ini pilihan ideal untuk hab latihan kami."
Pusat Latihan ini menawarkan pelbagai kemudahan canggih termasuk bilik darjah berteknologi tinggi untuk pengajaran teori, bengkel lengkap untuk sesi praktikal, pusat sumber berkomputer untuk maklumat kenderaan Kia, simulator pembaikan maya dan alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia. Model mercu Kia terkini termasuk EV6 dan EV9 serta model akan datang seperti EV5 dan EV3 juga tersedia untuk latihan praktikal.
Pusat Latihan yang mempunyai keluasan lebih daripada 10,000 kaki persegi ini memakan pelaburan RM3 juta. Ia boleh menampung sehingga 80 peserta pada satu-satu masa. Secara amnya, jenama automotif ini berhasrat untuk melatih sehingga 3,000 orang setiap tahun bagi menyokong semua 34 negara dalam rantau Asia Pasifik.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });