window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar!

Haris · Apr 14, 2021 10:00 AM

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 01

Kia Motors Indonesia telah melancarkan Kia Sonet 7, model tambahan bagi Kia Sonet 5 penumpang yang sudah lama ditawarkan di Indonesia sejak tahun 2020. Kia Sonet adalah sebuah SUV segmen B kompak, pesaing kepada Toyota Raize / Daihatsu Rocky di Indonesia.

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Kia Sonet 7 penumpang ini mempunyai dimensi yang sama dengan model 5 penumpang, hanya ditambah dengan 2 tempat duduk belakang tanpa menambah jarak roda ataupun panjang lebar kenderaan.

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 01

Kluster meter digital dengan tambahan baris kerusi

SUV ini dijana oleh enjin empat silinder 1.5 liter NA Gamma II Smartstream baharu yang mampu menjana sehingga 115 PS kuasa kuda dan 144 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan atau iVT (Intelligent Variable Transmission) automatik 8 gear maya.

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 02

Seiring dengan jumlah penduduk Islam paling ramai di dunia, Kia Sonet 7 penumpang ini dilengkapi dengan ciri ‘muslim friendly’ iaitu penunjuk arah kiblat. Skrin infotainment 10.25 inci bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi lagha Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, malah ia diimbangi dengan fungsi Qibla Direction.

Namun, ciri ini hanya ada pada muslimin dan muslimat yang membeli varian paling atas; Kia Sonet Premiere 7 iVT.

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 03

Ciri menarik lain yang ada pada varian paling atas ini adalah 6 beg udara, kemasan kulit untuk kerusi dan stereng, lampu LED depan dan belakang di samping sistem pengawasan angin tayar.

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 04

Kerusi baris ketiga dan kedua boleh dilipat dengan rata. Bukan bertujuan untuk membawa jenazah tetapi lebih kepada penggunaan yang lebih praktikal. Menunggang agama (atau memandu) pun harus berpada-pada, bukan semua ciri nak dilabelkan mesra muslim okay?

Kia Sonet 7 di Indonesia - ada penunjuk arah kiblat, lebih ‘muslim-friendly’ daripada selipar! 05

Kia Sonet 7 penumpang ini dijual pada harga bermula Rp199 juta (RM 33,585) hingga Rp296 juta (RM 83,539) dengan warranti selama 7 tahun, antara yang paling lama di Indonesia. Selain dari Indonesia, Kia Sonet (5 penumpang) juga dijual di India iaitu pasaran utama bagi model ini.

Sumber: Autofun.id

Bacaan Lanjut:

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat

PKP 2.0: Rentas negeri kena hantar bukti gambar aktiviti - semua sebab Neelofa!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda