window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar

Mersita · Aug 19, 2021 08:00 PM

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 01

Kilang kereta Nissan di Smyrna, Tennessee tutup dua minggu sejak Isnin lalu disebabkan oleh cetusan kluster COVID-19 di kilang pengeluar cip komputer di Malaysia.

Penutupan sementara kilang sebesar 6 juta kaki persegi itu adalah antara penutupan paling lama di mana-mana kilang automotif sebesar ini di Amerika Syarikat sejak kekurangan bekalan semikonduktor yang mula menjejaskan industri automotif sejak tahun lepas, lapor akhbar The Detroit News.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan, dalam satu kenyataan berkata mereka terputus bekalan cip disebabkan oleh isu jangkitan COVID-19 di kilang di Malaysia, memaksa mereka untuk menghentikan operasi buat sementara waktu dan menjangka untuk buka semula pada 30 Ogos nanti.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 01

Nissan Rogue, kereta Nissan paling laku di Amerika Syarikat

Kilang yang beroperasi dengan kekuatan 6,700 pekerja itu menghasilkan 6 model Nissan – termasuklah SUV Nissan Rogue iaitu kenderaan terlaris syarikat itu di AS. Kilang itu juga sudah menangguh produksi model Leaf, Maxima, dan Murano keluarannya akibat kekurangan cip sejak beberapa bulan lalu.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 02

Pengeluar kereta cuba untuk menyimpan bekalan cip mereka untuk kilang yang menghasilkan model paling laris, dimana sebahagian besarnya SUV dan trak pikap. Namun, penutupan kilang Nissan ini dan juga kilang-kilang pengeluar trak pikap seperti kilang General Motors adalah bukti yang masalah ini semakin meruncing.

Penganalisis Utama Guidehouse Research, Sam Abuelsamid berkata kilang itu merupakan kilang penting bagi Nissan dan penutupannya menjadi petanda yang masalah kekurangan bekalan semikonduktor tidak nampak penghujungnya dalam tahun ini.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 03

Penganalisis Kanan IHS Markit yang juga penganalisa pasaran cip, Phil Amsrud berkata pengeluar utama cip elektronik seperti di Taiwan dan negara Asia lain memproses wafer silikon besar kepada litar bersepadu lebih kecil.

Litar ini kemudiannya akan dihantar ke pengilang “back end” di Malaysia, dimana ia akan dipotong kepada cip-cip elektronik yang digunakan di dalam komputer kawalan kenderaan.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 04

Nissan Pathfinder, salah satu kereta keluaran kilang Nissan di Smyrna, Tennessee

“Tapi, cetusan kluster jangkitan COVID-19 yang berleluasa di kilang ini dan juga perniagaan kurier/penghantaran menjejaskan bekalan sekali lagi, seperti yang kita boleh lihat dengan penutupan kilang Nissan. Tambahan pula, banyak negara yang menjalankan tugas ‘back-end’ seperti Malaysia mempunyai kadar vaksinasi yang rendah,” tambah Amsrud.

Penutupan sementara kilang elektronik ini di negara kita juga menyebabkan pengeluaran Tesla dan Nio terkesan. Kilang ini juga pembekal untuk Bosch, dimana ia mempengaruhi barisan pengeluaran yang bertanggungjawab untuk kawalan kestabilan Bosch (ESP, Integrated Power Brake, IPB), Vehicle Control Unit (VCU), dan Transmission Control Unit (TCU) yang berkaitan dengan cip.

Kilang Nissan di USA terhenti angkara kluster COVID-19 kilang cip di Muar 05

Baca juga: Akibat PKP, kilang Bosch di Muar punca gangguan bekalan pengeluaran Tesla dan Nio

Kilang yang dimaksudkan dipercayai kilang elektronik STMicroelectronics, terletak di Zon Perindustrian Tanjung Agas, Tangkak, yang ditutup sementara waktu susulan kes jangkitan COVID-19 yang melonjak naik sehingga 400 kes positif dikesan dan mengorbankan 15 kakitangan akibat wabak berkenaan setakat hujung bulan Julai 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda