Kilang tayar Silverstone bakal ‘pencen’, Toyo akan mengambil alih produksi
Faisal · Feb 17, 2021 06:00 PM
Silverstone Kruizer NS800 yang diguna pada Proton Saga
Toyo Tire Corporation akan menghentikan operasi kilang tayar buat anak syarikatnya, Silverstone Malaysia Bhd bermula Jun 2021. Keputusan ini akan disusuli dengan pembubaran syarikat Silverstone Malaysia Berhad (SSM) pada 31 Disember ini.
Menurut ketua pegawai eksekutif Toyo Tire Corporation, keputusan penutupan kilang pengeluaran tayar Silverstone di Taiping dibuat setelah mengambil kira keupayaan produksi di peringkat global. Keputusan ini bernas memandangkan syarikat itu telah merekod kerugian tertinggi pada tahun lepas.
Silverstone Synergy M3
Namun demikian, produksi tayar Silverstone yang dipasarkan oleh SSM selama ini akan diteruskan oleh Toyo Tire Malaysia (TTM).
Untuk maklumat anda, negara kita dijadikan sebagai hab global untuk Toyo Tire Corporation. Perancangan strategik ini bertujuan untuk membekalkan tayar ke rantau Asia Tenggara, Eropah, Jepun, dan Amerika Selatan dengan lebih efektif.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen