Kimchi campur spaghetti? Inilah Hyundai yang sudah jadi Ferrari F430!
Zamil Syaheer · Jan 8, 2021 06:00 PM
Sapa saja tak kenal Ferrari? Sebut saja nama sportscar atau nama juara dunia F1 7 kali Michael Schumacher, mesti nama "Prancing Horse" dari Itali yang eksklusif ini akan keluar dari mulut anda.
Tetapi tak semua yang mampu beli Ferrari. Maklumlah, supercar lah kan (bukan kena mengena dengan Perodua Myvi ye). Mengetahui fakta itu, seorang individu di Malaysia mengambil initiatif untuk merubah sebuah Hyundai Coupe generasi pertama kepada Ferrari F430! Gila kentang bukan?
Berdasarkan imej yang dimuat naik oleh KL Power Enterprise, Hyundai ini telah diberi surgeri yang agak menyeluruh. Reka bentuk botol Coke Hyundai Coupe kini menyerupai rekaan Pininfarina yang terkenal.
KL Power Enterprise telah cuba sehabis baik untuk mengikut reka bentuk Ferrari F430. Jika anda bukan peminat kereta sebenar, anda pasti akan tertipu – bergantung jugalah.
Bila lihat hasil yang sudah siap, boleh nampak dia punya dimensi tak sama. Mungkin kalau rim yang ditukar lebih besar serta menutupi ‘arch’ depan dan belakang akan membuatkannya lebih cantik (kecantikan itu subjektif ya)?
Setakat ini, tiada siapapun yang tahu sama ada Hyundai ini menggunakan enjin yang lebih berkuasa tapi kami yakin ianya masih standard. Janji gaya ada, betul tak?
KL Power Enterprise juga ada mereka sebuah Mitsubishi GTO yang telah diubahsuai menjadi Ferrari 599 GTB dan Honda Prelude yang telah berubah menjadi LaFerrari.
Rakyat Malaysia ramai yang kreatif, dan ini bukanlah sesuatu yang baru. Adakah anda rasa ini sebuah karya seni ataupun menyakitkan mata sahaja?
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen