window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin!

Haris · Sep 23, 2021 07:00 PM

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 01

Bermula 16 Oktober 2021, Indonesia akan mengubah struktur cukai kenderaan berdasarkan kapasiti enjin kepada pengiraan cukai berdasarkan pelepasan karbon CO2 yang lebih terkini. Pertama kali diumumkan pada tahun 2019, langkah untuk menyesuaikan Cukai Barangan Mewah (Luxury Goods Tax) untuk kenderaan akan menjadikan struktur cukai Indonesia setaraf dengan negara maju ASEAN yang lain.

Untuk rujukan, Indonesia akan menjadi negara ketiga di rantau ini yang mengimplementasikan cukai karbon CO2 untuk kenderaan, selepas Singapura dan Thailand.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 02

Typical 'macet' traffic in downtown Jakarta, pre-Covid-19 days

Seperti mana-mana penstrukturan semula cukai, beberapa model akan mendapat manfaat yang lebih tinggi berbanding model lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedan dan SUV 4WD / AWD misalnya, tidak akan dikenakan cukai yang lebih tinggi kerana Indonesia telah menghapuskan kategori jenis badan dari struktur percukaian baru tersebut.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 01

Harga sedan seperti Honda City akan turun

Sebelum ini, model seperti MPV, SUV, dan hatchback dikenakan cukai antara 10% - 125%, bergantung kepada kapasiti enjin, sementara sedan dan kendaraan 4WD / AWD dikenakan cukai yang lebih tinggi, antara 30% - 125%, juga bergantung kepada kapasiti enjin.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 02

MPV 7 dan hatchback mendominasi Indonesia kerana sedan dikenakan cukai yang lebih tinggi

Ini menjelaskan mengapa Toyota Avanza dan Toyota Innova menguasai landskap Indonesia, manakala model seperti Honda Civic sedan lebih jarang ditemui. Penstrukturan semula ini akan membawa kepada harga yang lebih murah untuk sedan seperti Honda City atau Honda Civic, dan model AWD seperti Mitsubishi Outlander.

Kenderaan Hijau Kos Rendah (Low Cost Green Cars), kategori cukai untuk 'saudara' Perodua Axia dari Indonesia seperti Daihatsu Ayla dan Toyota Agya, akan melihat kenaikan harga kerana mereka tidak lagi menikmati cukai 0%, tetapi akan dikenakan cukai sebanyak 3%.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 03

LCGC merangkumi sekitar 20% daripada semua kenderaan yang dijual di Indonesia. Harga akan naik sedikit di bawah struktur cukai baru.

LCGC didefinisikan sebagai kereta bandar dengan kapasiti enjin tidak lebih dari 1.2 liter, dengan kecekapan bahan api minimum sekurang-kurangnya 20 km / liter. Ini menjelaskan mengapa Perodua Axia menggunakan enjin 1.0 liter yang lebih kecil, sementara 'saudara' Indonesia menggunakan enjin 1.2 liter yang lebih besar.

Segmen MPV dan SUV Rendah (Low MPV, SUV) yang dikuasai oleh Toyota Avanza dan Toyota Rush juga akan menyaksikan kenaikan harga. Sebelum ini, MPV dan SUV Rendah dikenakan cukai 10%.

Kategori ini akan dihapuskan, dan kenderaan di bawah kategori ini juga akan mula dikenakan cukai seperti kenderaan penumpang biasa, bermula dari 15%.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 04

Toyota Avanza terlaris di Indonesia juga akan menyaksikan kenaikan harga

Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak akan merasai kenaikan harga tahun ini kerana kerajaan Indonesia telah sementara mengetepikan Cukai Barangan Mewah ke atas kenderaan buatan tempatan dengan kapasiti enjin di bawah 1,500 cc, hingga 31-Disember 2021. Ini adalah langkah yang sama seperti Malaysia, sebahagian daripada bantuan ekonomi Indonesia untuk mendepani pandemik Covid-19.

Struktur cukai baru akan menyaksikan kereta penumpang dikenakan cukai antara 15% hingga 70%, dengan penekanan untuk mempromosikan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Syarat untuk pengurangan cukai terendah 15%, kenderaan petrol harus memenuhi kecekapan bahan api minimum sekurang-kurangnya 15.5 km / liter, mengeluarkan tidak lebih dari 150 g / km karbon CO2.

Bagi kenderaan diesel pula, 17.5-km / liter, had karbon CO2 sama tidak berubah.

Cukai Barangan Mewah (kenderaan penumpang, Indonesia)

LCGC
Kadar Cukai Syarat Minimum
3% > 20 km/litre
CO2: < 120 g/km
Kapasiti enjin lebih daripada 3.0L
Kadar Cukai Syarat Minimum: Petrol / Diesel
15% > 15.5 km/l / > 17.5 km/l
CO2: < 150 g/km
20% 11.6 - 15.5 km/l / 13.1 - 17.5 km/l
CO2: 150 - 200 g/km 
25% 9.3 - 11.5 km/l / 10.5 - 13 km/l
CO2: 201 - 250 g/km
40% <9.3 km/l / <10.5 km/l
CO2: > 250 g/km 
Kapasiti enjin lebih daripada 3.0L
Kadar Cukai Syarat Minimum: Petrol / Diesel
40% >15.5 km/l / >17.5 km/l
CO2: < 150 g/km 
50% 11.6 - 15.5 km/l / 13.1 - 17.5 km/l
CO2: 150 - 200 g/km 
60% 9.3 - 11.5 km/l / 10.5 - 13 km/l
CO2: 201 - 250 g/km
70% <9.3 km/l / <10.5 km/l
CO2: > 250 g/km 

Pengurangan cukai seterusnya akan meningkat 5%, untuk setiap kenaikan 50 g / km pelepasan karbon CO2 sehingga mencapai 25% atau 250 g / km. Selepas itu, kenaikan cukai meningkat kepada 40%, kemudian meningkat lagi dengan kenaikan 10%.

Had kecekapan bahan api petrol bermula pada minimum 11.6 - 15.5 km / liter untuk lingkungan cukai 15% paling rendah, meningkat kepada 9.3 - 11.5 km / liter dan kemudiannya 9.2 km / liter kebawah

Untuk diesel: 13.1 - 17.5 km / liter, 10.5 - 13 km / liter, 10.5 km / liter ke bawah untuk lingkungan cukai yang sama.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 05

Bagi kategori kenderaan elektrik sel bahan bakar hidrogen (FCEV), Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), dan kenderaan biofuel / flex-fuel sepenuhnya - dikenakan cukai minimum 15% sahaja.

Harga kenderaan hibrid akan meningkat

Kenderaan hibri juga dikenakan cukai minimum 15% tetapi kerajaan Indonesia membezakan antara hibrid penuh (model hibrid Toyota), hibrid ringan (48V EQ Boost Mercedes-Benz C200) dan hibrid plug-in (Mitsubishi Outlander PHEV).

Semua kenderaan hibrid akan menyaksikan kenaikan hargan. Walaupun Cukai Barangan Mewah tetap tidak berubah, terdapat penyesuaian dalam kaedah pengiraan untuk cukai kenderaan.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 06

Toyota Prius Plug-in Hybrid

Sebelum ini, asas pelaksanaan cukai untuk hibrid biasa ditetapkan pada 13.3% dari harga jualan kenderaan, manakala 0% untuk hibrid plug-in. Jumlah tersebut telah meningkat menjadi 40% - 53% untuk hibrid penuh (bergantung pada kecekapan bahan api dan kadar pelepasan karbon CO2), 53% hingga 80% untuk hibrid ringan, dan 33.3% untuk hibrid plug-in.

Walau bagaimanapun, kenaikan cukai ini akan diketepikan bagi pengeluar kenderaan yang telah memberi komitmen untuk melabur sekurang-kurangnya Rp 5 trilion (sekitar RM 1.47 bilion) dalam pengeluaran kenderaan elektrik bateri tempatan, dan akan mengkomersialkan kenderaan pelepasan sifar ini dalam tempoh 2 tahun.

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 07

Indonesia adalah negara Asia Tenggara pertama yang melancarkan Lexus UX 300e elektrik sepenuhnya

Asas pelaksanaan cukai untuk BEV dan FCEV adalah 0%.

Kenderaan komersial akan dikenakan cukai antara 15% hingga 30%.

Di mana kedudukan Malaysia?

Malaysia masih mengenakan struktur cukai era kolonial kuno yang berdasarkan kapasiti enjin.

Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia di mana Porsche 718 Cayman 2.0 liter (RM 522,590) lebih murah daripada Toyota GR Supra 3.0 liter (RM 589,987).

Baca: Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang

Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin! 08

Baca: Rakyat Malaysia membayar cukai kereta sebanyak RM 10 bilion setiap tahun. Macam mana perkara ini boleh terjadi?

Sebagai perbandingan, harga Porsche 718 Cayman 4-silinder 2.0 liter di AS ialah USD 59,900 manakala Toyota GR Supra 6-silinder 3.0 liter ialah USD 51,090 yang lebih setara.

Malah kiraan cukai jalan untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) lebih rumit berbanding model enjin pembakaran dalaman (ICE). Ikuti kiraan cukai kenderaan elektrik yang dimaksudkan seperti berikut.

Baca: Adakah cukai jalan di Malaysia lebih rendah untuk kereta elektrik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda