window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude!

Haris · Aug 1, 2021 10:00 AM

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 01

Pada tahun 1990-an, Proton mendominasi pasaran kereta Malaysia dengan model seperti Proton Iswara dan Wira yang saling bersaing dalam carta jualan. Kemudian pada 26-Januari 1995, Proton Perdana dilancarkan dan harimau Malaysia ini sekali lagi menemui satu segmen lain untuk dikuasai.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 02

Proton Perdana kemudian menerima enjin V6 dan rekaan gril yang mirip Alfa Romeo, lalu menjadi satu sejarah automotif Malaysia. Namun apa yang lebih menarik untuk diungkap adalah nasib Mitsubishi Eterna, 'donor car' Proton Perdana dan kembar coupe yang lama dilupakan, Mitsubishi Emeraude.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Era hardtop 80-an

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 01

Mitsubishi AMG, siapa sangka?

'Bubble Era' di Jepun pada tahun 80-an telah menghasilkan banyak kereta hebat yang dirancang untuk memenuhi objektif jangka pendek. Almaklumlah, pada zaman tersebut ramai pekerja kolar putih di Jepun kaya raya justeru meningkatkan permintaan untuk kereta-kereta yang sesuai dengan imej tersebut.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 02

Toyota Mark II sedan hardtop, sebuah kereta yang popular di Jepun pada tahun 1980-an

Oleh yang demikian, di sinilah kehadiran kereta sedan hardtop berbondong-bondong dikeluarkan oleh pengeluar kereta Jepun. Sebagai rujukan, hardtop bermaksud kereta tersebut tidak mempunyai komponen tiang-B yang memisahkan antara tingkap sisi pemandu dan penumpang, berbeza daripada sebuah sedan.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 03

(dari kiri atas mengikut arah jam ) Toyota Chaser, Nissan Cima, Mazda Luce, dan Honda Vigor

Pengeluar kenderaan seperti Toyota, Nissan, Mazda, dan Honda mula membanjiri pasaran dengan sedan hardtop premium untuk memuaskan pelanggan-pelanggan tersebut. Rekaan hardtop memang menarik, apatah lagi jika anda seorang pemuda dengan kerjaya kolar putih ketika zaman itu. Adakah ia masih relevan di zaman sekarang?

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 04

Di sinilah hadirnya Mitsubishi Eterna, sedan asas yang bakal menjadi Proton Perdana. Pada awalnya, Eterna hanyalah salah satu daripada nama varian Mitsubishi Galant pada tahun 1978. Namun menjelang tahun 1980, ia menjadi sebuah model yang tersendiri.

Selain itu, Mitsubishi Eterna juga mempunyai model hardtop yang hanya bertahan seketika sekitar tahun 1983 hingga 1988.

Permata Mitsubishi

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 05

Melihat kejayaan pesaing dengan model hardtop mereka, Mitsubishi berusaha untuk kembali kompeten pada tahun 1992. Untuk itu, Mitsubishi mengeluarkan sehingga 3 variasi Mitsubishi Galant generasi ke-7 untuk pasaran Jepun - Galant standard, Eterna, dan Emeraude.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 06

Mitsubishi Galant standard ditawarkan di pasaran luar negara sementara Mitsubishi Eterna dan Mitsubishi Emeraude menjadi model eksklusif Jepun lalu mendapat cop pengesahan JDM.

Mitsubishi Emeraude mirip Eterna dari segi reka bentuk dengan bentuk 'bujur telur' tetapi kelihatan lebih sporty dengan susunan lampu hadapan trio pada setiap sisi, spoiler belakang, dan yang paling penting, tiada tiang-B pada bahagian tengah kereta.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 07

Memandangkan ia model yang lebih sporty, Mitsubishi Emeraude hadir dengan pilihan tiga enjin:

  • 1.8-liter SOHC 4-silinder sebaris 4G93 (117 PS/166 Nm)
  • 1.8-liter SOHC V6 6A11 (133 PS/167 Nm)
  • 2.0-liter DOHC MIVEC V6 6A12 (179 PS/191 Nm)

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 08

Hanya varian asas 1.8 sahaja yang disertakan dengan transmisi manual 5-kelajuan, varian lain dibekalkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Kesemua model Mitsubishi Galant juga tersedia dengan pacuan roda depan atau pacuan empat roda, termasuklah Eterna dan Emeraude.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 09

Mitsubishi Emeraude mempunyai beberapa ciri yang dianggap mewah pada masa itu, termasuklah kawalan iklim automatik, televisyen untuk penumpang depan dan belakang, navigasi satelit, sistem audio keliling, dan cruise control.

Sayangnya, model Emeraude dan Eterna dilihat gagal di Jepun.

Punca kegagalan Mitsubishi era 80-an

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 10

Sekitar tahun 90-an, sedan hardtop semakin kurang menarik minat pembeli di Jepun. Selain daripada rekaan yang dilihat lapuk, terdapat juga faktor ekonomi di mana era gelembung Jepun sudah meletup lalu mula memasuki fasa Lost Decade.

Ini bermakna, para eksekutif yang dahulunya memandu hardtop kini perlu mengurangkan perbelanjaan kepada model yang lebih jimat.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 11

Tiga variasi Mitsubishi Galant juga membingungkan pembeli. Akhirnya, Mitsubishi menggugurkan Emeraude setelah satu generasi dan mengakhiri Eterna pada tahun 1996.

Model Galant standard bergerak secara solo ke generasi ke-8 yang menjadi kegemaran penukaran fasia depan di kalangan tuner Proton Perdana.

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 12

Sama seperti kisah Perodua Alza, model Proton Perdana juga meniti kejayaan apabila dikeluarkan di Malaysia sementara model asal terpaksa digugurkan di Jepun.

Proton Perdana meneruskan pengeluaran jauh lebih lama daripada Eterna dengan sekitar 80,000 unit dikeluarkan antara tahun 1995 dan 2010.

Baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Kisah 'donor car' Proton Perdana yang gagal di Jepun, bersama kembar coupe Mitsubishi Emeraude! 13

Ramai peminat Proton Perdana mungkin mengenali Eterna, namun mungkin tak ramai yang mengenali Emeraude. Oleh yang demikian, tiba masanya untuk sekurang-kurangnya mendedikasikan satu hantaran di laman sesawang mengenai model JDM istimewa ini. Ada yang dapat half cut Emeraude?

Bacaan Lanjut:

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Perdana pada 26 Januari 1995, 26 tahun lalu!

Panduan membeli Proton Perdana ‘Accordana’ - kini serendah RM 50k, harga Proton ketahanan Honda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda