window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Mersita Β· Mar 3, 2021 08:45 PM

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 01

[DIKEMASKINI] Model panas iaitu Perodua Ativa 2021 kini sudah dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM 61,500 hingga RM 72,000 (harga Semenanjung Malaysia), didatangkan dengan 3 varian iaitu X, H, dan AV. SUV terbaru dari Perodua ini didatangkan standard padat dengan kelengkapan keselamatan yang pelbagai serta suite ADAS A.S.A 3.0 terbaru dari Perodua.

Kelengkapan keselamatan betul-betul ‘cukup rasa’

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada beberapa kelengkapan keselamatan yang dianggap amat penting dan membantu bagi sebuah kereta moden dan Perodua cukup bermurah hati pada model terbarunya kali ini. Antaranya ialah Anti-lock Brake System (ABS) / Sistem Brek Anti-kunci, Vehicle Stability Control (VSC) / Kawalan Kestabilan Kenderaan, serta jumlah beg udara yang cukup komprehensif iaitu bed udara hadapan, sisi, dan langsir.

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 01

A.S.A 3.0 juga boleh didapati standard bagi semua varian dan sistem ini merangkumi Pre-Collision Warning & Braking (PCW & PCB) / Amaran & Brek Sebelum Perlanggaran, Pedal Misoperation Control (PMC) / Kawalan Salahlaku Pedal, Front Departure Alert (FDA) / Amaran Pelepasan Hadapan, Lane Departure Warning (LDW) / Amaran Pelepasan Lorong, serta Autonomous Emergency Braking (AEB) / Brek Kecemasan Berautonomi yang juga boleh didapati walaupun pada model berspesifikasi rendah.

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 02

Baca juga: Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Pastinya varian tertinggi iaitu AV dilengkapi dengan bermacam-macam keistimewaan tersendiri. Varian paling tinggi ini dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control (ACC) / Kawalan Peluncuran Adaptif, Lane Keep Control (LKC) / Kawalan Pengekalan Lorong, Blind Spot Monitor (BSM) / Pengesan Titik Buta, dan juga Rear Cross Traffic Alert (RCTA) / Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 03

Varian asas, X, dan varian tengah, H, agak serupa dari segi kelengkapan keselamatannya. Perbezaan dari segi kelengkapan antara Perodua Ativa serba baharu dengan Proton X50 adalah seperti berikut:

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 04

Kelengkapan Keselamatan Perodua Ativa
  1.0 X 1.0 H 1.0 AV
ABS βœ“ βœ“ βœ“
HSA βœ“ βœ“ βœ“
VSC βœ“ βœ“ βœ“
6 beg udara βœ“ βœ“ βœ“
ASA 3.0 βœ“ βœ“ βœ“
ACC βœ— βœ— βœ“
LKC βœ— βœ— βœ“
BSM βœ— βœ— βœ“
RCTA βœ— βœ— βœ“
Lampu Tinggi Adaptif βœ— βœ“ βœ“

Varian Ativa mana yang patut anda beli?

Kami rasakan varian AV adalah pilihan yang lebih tepat kerana ia ada kelengkapan penuh yang cukup ‘fancy’ seperti Adaptive Cruise Control (tiada kereta lain yang ada ACC dalam kategori harga ini), Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Lane Keep Control.

Dengan tawaran harga yang dibeli, varian AV cukup menarik dan sangat berbaloi kerana kali ini, Perodua sememangnya ada lebih lagi berbanding pesaingnya.

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 05

Namun, walau dengan varian rendah atau tengah, kelengkapannya sudah cukup komprehensif dan memuaskan bagi julat harga ini. Mana-mana varian pun menawarkan pakej yang cukup berbaloi.

Tambahan pula, Perodua Ativa 2021 diberi skor 83.4% dalam ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP, melayakkannya untuk penilaian 5 bintang!

Baca juga: Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Kesimpulan

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 06

Imbas semula, Perodua Ativa 2021 serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol 1.0 liter turbo dengan 3 silinder yang mampu menjana kuasa kuda 98 PS dan tork 140 Nm. Satu-satunya pilihan transmisi yang ditawarkan ialah jenis CVT automatik yang memacu tayar hadapan. Ativa ditawarkan pada harga bermula dari RM 61,500 hingga RM 72,000 (harga Semenanjung Malaysia, OTR tanpa insurans dan SST).

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50! 07

Dari mana-mana aspek, Perodua Ativa adalah pilihan yang sangat menarik. Ia didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang cukup banyak dalam pakej yang mampu-milik. Barangkali kita akan lihat jalan raya Malaysia dibanjiri Ativa tak lama lagi.

Senarai harga bagi Perodua Ativa 2021 serba baharu adalah seperti berikut:

Harga Perodua Ativa 2021
Varian Harga (RM)
Ativa 1.0 X 61,500
Ativa 1.0 H 66,100
Ativa 1.0 H Special Metallic 66,600
Ativa 1.0 AV 71,200
Ativa 1.0 AV Special Metallic 71,700
Ativa 1.0 AV 2-Tone 72,000

(Harga untuk Semenanjung Malaysia, OTR tanpa insurans dan SST).

Juga baca: 

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda