window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata?

Mersita · Jan 6, 2021 06:00 PM

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 01

Seperti kita semua sedia maklum, setiap pemilik kenderaan di Malaysia harus membayar cukai jalan setiap tahun. Ia dikira belanja ‘birthday’ kenderaan tersebut. Oleh itu, pandangan umum rata-rata menganggap cukai jalan digunakan untuk membiayai kemudahan dan fasiliti jalan raya.

Tapi, tahukah anda yang cukai jalan sebenarnya digunakan sebagai dana bebas kerajaan dan bukannya untuk fasiliti lalu-lintas semata-mata?

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 02

Setiap lubang jalan harus ditampal dengan secepat mungkin. Dua nyawa sudah terkorban kerana jatuh motosikal disebabkan lubang baru-baru ini.

Menurut satu artikel oleh Yamin Vong, kisah dilema jalan rosak dan berlubang tidak sepatutnya dipandang ringan dan prosedur kerja-kerja pembaikan jalan harus diubah supaya kerosakan jalan boleh ditangani dengan segera. Artikel itu merujuk kepada seorang Profesor Pengangkutan dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia iaitu Professor Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Farhan memberitahu yang isu kelambatan dalam proses membaiki jalan berkait rapat dengan kos bahan-bahan yang diperlukan serta mobilisasi. Sudah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memastikan jalan raya selamat untuk digunakan dan tidak berlubang. Tapi, pihak bertanggungjawab kadangkala tersepit juga.

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 01

Kes kemalangan terlanggar lubang jalan melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dianggap 'double standard' kerana dapat tindakan segera dari pihak berkuasa

Jika pihak berkuasa ada pasukan sendiri, sepatutnya tiada alasan untuk menampal lubang jalan secepat mungkin. Bagi jabatan di negeri-negeri kecil pula, mungkin mereka harus memberi kontrak kepada badan luar. Oleh kerana ada polisi perolehan, barangkali inilah sebabnya ia tertangguh dan mengambil masa yang lama.

Farhan juga berkata setelah sekian lama beliau terlibat dalam bidang keselamatan jalan raya, isu utamanya ialah polisi dalam pembiayaan selenggara jalan raya. Oleh itu, cukai jalan harus digunakan untuk menampung sebahagian daripada kos untuk membaiki jalan raya tanpa tol.

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 02

“Cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disalurkan kepada Dana Gabungan (‘Consolidated Fund’) dan tiada Dana Gabungan yang dikhaskan secara spesifik bagi pengangkutan.

“Cukai jalan yang JPJ kutip disalurkan kepada pelbagai kegunaan lain termasuklah projek-projek pengangkutan awam seperti MRT, LRT, dan Bas Rapid milik Prasarana, dan bukan secara spesifik untuk penyelenggaraan jalan raya.”

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 03

Kumpulan bergerak bebas Ikatan Silaturrahim Brotherhood Shah Alam (gambar) diasaskan Lando Zawawi aktif menampal lubang jalan dengan dana sendiri kerana sering menunggu lama

“Oleh itu, untuk apa kita bayar cukai jalan: keadaan jalan raya yang teruk?” soal Farhan secara retorik.

Profesor itu juga berkata menurut data, banyak kemalangan yang terjadi adalah melibatkan penunggang motosikal atau kenderaan dua-roda, yang sebenarnya disebabkan oleh perubahan lorong/laluan secara mengejut dan ia berkemungkinan tinggi kerana mahu mengelak lubang jalan.

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata? 04

Kami juga pernah menemubual seorang jurutera yang sudah sekian lama berkecimpung dalam projek kejuruteraan awam di Malaysia dimana beliau berkata ada banyak ketirisan dalam projek pembinaan jalan raya di Malaysia. Ada banyak isu yang diketengahkan, anda boleh baca di sini.

Sumber: Yamin Vong.com

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda