window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

K'jaan cadang perkenal pinjaman dan insurans "Rahmah" untuk kenderaan terpakai

Haris · Mar 16, 2023 01:00 PM

K'jaan cadang perkenal pinjaman dan insurans

Di bawah inisiatif Payung Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mendedahkan bahawa mereka merancang untuk memperkenalkan kemudahan pinjaman bagi membiayai pembelian kenderaan terpakai dan insurans bagi membantu golongan 40 peratus terbawah (B40).

Menurut laporan The Edge Markets, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, beliau menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan institusi perbankan serta syarikat insurans untuk memuktamadkan butirannya.

K'jaan cadang perkenal pinjaman dan insurans

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Idea sudah ada dan kita menunggu sesi libat urus. Selain itu, kita juga bercadang menyediakan insurans kepada wanita dan juga belia.

“Semalam, saya telah berbincang dengan salah sebuah syarikat insurans berkenaan kereta terpakai yang ada risiko kerosakan besar seperti enjin dan kotak gear.

“Skim perlindungan atau insurans Rahmah kereta terpakai akan ditawarkan kepada rakyat yang tidak berkemampuan memiliki kereta baharu. Namun, kita perlu tunggu libat urus yang lebih serius dan pakej-pakejnya akan diumumkan kelak,” ujarnya.

K'jaan cadang perkenal pinjaman dan insurans

KPDN turut mendapatkan pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung usaha mereka mengadakan perbincangan dengan bank-bank tempatan untuk mempelbagaikan inisiatif di bawah payung Rahmah.

Maklum balas mendapati bahawa DS Tengku Zafrul menyokong dan akan mengusahakan KPDN untuk bertemu dengan pihak bank supaya perbincangan dapat dijalankan.

Baca: K'jaan cadang kuat kuasa 'Lemon Law', elak penipuan dalam pembelian kereta terpakai

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda