![K'jaan sedang fokus membangunkan industri kereta elektrik (EV) - bakat, dasar dan kerjasama sebagai tunjang 01]()
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, kerajaan Malaysia kini sedang meletakkan fokus pada pembangunan industri kenderaan elektrik (EV).
Jelas Liew Chin Tong selaku Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ketika ditanya Ahli Parlimen Tebrau, Jimnny Puah Wee Tse mengenai pemilikan EV yang masih diluar kemampuan rakyat serta usaha mempromosikan penggunaan EV, dasar yang berkait akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor berimpak tinggi ini di mana ia berada di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Juga baca: Insentif EV diharapkan dalam Belanjawan 2024 supaya ramai beli kenderaan elektrik - Tengku Zafrul
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![K'jaan sedang fokus membangunkan industri kereta elektrik (EV) - bakat, dasar dan kerjasama sebagai tunjang 01]()
Ulas beliau, pihak mereka akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) dalam masa terdekat. Malah, program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk EV akan bermula pada tahun 2024.
Dalam masa yang sama, NEVSC yang disebutkan tadi akan memberi perhatian pada ketersediaan pusat pengajian tinggi bagi melahirkan bakat EV. Kata Liew lagi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik sebagai ahli Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) bagi menyelaraskan kepakaran penyelidikan dan pembangunan bakat yang berkait dengan teknologi EV dalam kalangan universiti tempatan.
![K'jaan sedang fokus membangunkan industri kereta elektrik (EV) - bakat, dasar dan kerjasama sebagai tunjang 02]()
Selain itu, Liew memberitahu bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Industry Lead Body telahpun membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan berkaitan EV untuk digunakan dalam bidang TVET.
Juga baca: Kiraan "Road Tax" kenderaan elektrik (EV) baharu bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun 2023 - MoT

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });