window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir

Mersita · Dec 20, 2021 01:00 PM

KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir 01

Terowong lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) telah berjaya melencongkan 5 juta meter padu air hujan setelah diaktivasikan selama kira-kira 22 jam bagi melencongkan air hujan pada Sabtu.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata ini merupakan rekod terbaru dalam kawalan pelencongan Terowong SMART. Sejak tahun 2007, sebanyak lapan pelencongan air dibuat dan dalam setiap operasi, hanya kira-kira 3 jam operasi direkodkan.

KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, bagi pelencongan air ke-9 kali ini yang bermula dari Sabtu hingga tengahari Ahad, operasi berjalan selama 22 jam disebabkan oleh hujan terlampau lebat di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor. Terowong itu mula ditutup kepada lalu lintas bagi aktivasi sistem banjir pada petang Sabtu.

Menurut kenyataan oleh SMART, 5 juta meter padu air telah berjaya dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Takungan Taman Desa.

KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir 01

Berdasarkan anggaran dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kawasan tumpuan utama di Kuala Lumpur seperti di Masjid Jamek dan sekitarnya akan mengalami banjir jauh lebih teruk jika 5 juta meter padu air tidak dilencongkan.

Rumah pam milik JPS di sekitar Kuala Lumpur juga beroperasi pada kapasiti maksima sejak Sabtu, meringankan lagi risiko bencana di sekitar ibu kota.

Terowong SMART dengan kepanjangan 9.7 km mula beroperasi pada 2007 dan pembinaannya menelan kos lebih RM 1 bilion. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda