window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah

Faisal · Nov 19, 2022 08:00 PM

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah 01

Anda ingat Kuala Lumpur sahaja yang mengalami kesesakan trafik? Indonesia pun sama juga sebenarnya, terutama di Jakarta.

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah 02

Persidangan B20 Summit 2022 di Indonesia bersama Elon Musk.

Baru-baru ini, dalam persidangan B20 Summit 2022 yang berlangsung di Indonesia, CEO Tesla dan Twitter iaitu Elon Musk telah hadir secara virtual dalam topik Navigating Future Disruption of Global Technological Innovation.

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah 03

Kredit foto: Jakarta Post.

Untuk makluman anda, Elon Musk ada syarikat yang bernama The Boring Company yang mana ia menawarkan servis pengangkutan bawah tanah. Menurut beliau yang menjawab pertanyaan berkenaan isu kesesakan trafik di Indonesia, terowong bawah tanah adalah jalan penyelesaian terbaik. Menariknya, Elon Musk berpendapat bahawa teksi terbang sebenarnya tidak sesuai kerana ia akan menghasilkan bunyi bising dan ia boleh memghempap orang ramai sekiranya jatuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah 01

Kata beliau, “Gabungan kenderaan elektrik dan terowong bawah tanah adalah jalan penyelesaian terbaik untuk segala masalah di jalan raya”.

Kalau anda nak tahu, Elon Musk telah mencipta sebuah terowong di Las Vegas dengan harga 675 juta USD (~RM 3 bilion). Laluan alternatif yang bernama Vegas Loop ini sudah beroperasi sejak awal 2021.

KL sesak? Indonesia pun sama - Elon Musk cadang pembinaan terowong laluan bawah tanah 02

Salah satu daripada stesennya dikatakan terletak betul-betul bawah Resort World Las Vegas. Secara teknikalnya, panjang terowong ini adalah 7 km dan terdapat 55 hentian secara keseluruhan. Jadi, walaupun konsepnya nampak mudah, membangunkannya pasti sukar kerana lambakan bangunan di tengah bandar sudahpun mengambil hampir semua kawasan di bawah tanah.

Kalau mahu pun mungkin kontraktor perlu korek lagi dalam dan pembangunannya pasti akan memakan lebih kos.

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda