window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa

Mersita · Aug 2, 2021 08:00 PM

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa 01

Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan percubaan pertama skim ‘regulatory sandbox’ yang akan melibatkan penggunaan EV (kenderaan elektrik) oleh syarikat utiliti tenaga untuk menyimpan tenaga berlebihan.

Percubaan ‘sandbox’ yang diluluskan pada Rabu lalu itu akan melibatkan penyedia tenaga elektrik tempatan iaitu Busan-JungKwan Energy, 50 buah EV, dan sekitar 28,000 kediaman serta bangunan awam dan komersial.

‘Sandbox’ ialah terma digunakan syarikat teknologi yang merujuk kepada ujian sesuatu produk, servis, atau konsep baharu dalam suasana terkawal. Kadangkala, undang-undang dan aspek tanggungan (liability) sedia ada berpotensi untuk menghalang kemajuan teknologi baharu. Tapi, kerajaan yang progresif selalunya akan melaksanakan kawasan pengezonan ‘regulatory sandbox’ (‘sandbox’ pengawalseliaan) bagi membolehkan syarikat menguji konsep baharu mereka di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

V2G (Vehicle-to-Grid) merujuk kepada konsep penggunaan BEV (kenderaan elektrik berbateri) untuk menyimpan lebihan kuasa dan untuk mengimbangi grid kuasa. EV boleh dicas ketika waktu datar penggunaan elektrik. Ketika waktu puncak permintaan elektrik, kenderaan terlibat boleh memulangkan semula kuasa kepada grid bagi mengawal lonjakan dalam penggunaan elektrik, dan pada masa sama mengurangkan limpahan (overload) dalam permintaan.

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa 01

Loji jana kuasa tidak berfungsi seperti enjin kereta – ‘output’ elektrik loji jana kuasa tidak boleh dipercepatkan atau diperlahankan dalam notis pendek, dan lebihan kuasa yang dijana selalunya terbuang begitu saja.

Jalan penyelesaian yang membolehkan grid kuasa untuk menyimpan lebihan kuasa di suatu tempat, dan kemudiannya mengeluarkan kuasa daripadanya dalam notis pendek apabila permintaan melonjak – secara amnya seperti ‘power bank’ untuk grid tersebut – adalah amat berguna bagi syarikat utiliti tenaga.

V2G kadangkala dirujuk sebagai pengecasan dua arah (bi-directional charging). Variasi dalam V2G termasuklah V2H (Home/Kediaman) dan V2X (mana-mana pemboleh-ubah – dari periuk nasi ke pusat pemindahan gempa sehinggalah ke kedai 7E dan ke grid kuasa).

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa 02

Bagi percubaan pertama ini di Korea, pemilik-pemilik EV akan diberi insentif dalam bentuk pengurangan kadar bil elektrik apabila kereta mereka dicas ketika bukan waktu puncak, dan juga mendapat untung daripada jualan balik kuasa lebihan kepada grid semasa waktu puncak.

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa 03

Kadar cas penggunaan elektrik di Korea berbeza-beza mengikut permintaan. Menurut laporan The Korea Herald, kadar penggunaan elektrik bermula dari 64.2 Won (RM 0.24) per kWh ketika musim permintaan rendah sehingga 171.8 Won (RM 0.63) ketika waktu puncak musim panas atau sejuk.

Korea mulakan ujian ‘sandbox’ V2G, guna EV sebagai ‘power bank’ gergasi untuk seimbangkan grid kuasa 04

Selain daripada Korea, Jepun dan Thailand juga sedang menjalankan percubaan V2G dan V2H bersama Mitsubishi Motors. Ia melibatkan bukan saja BEV seperti Minicab MiEV, tapi juga Mitsubishi Outlander hibrid ‘plug-in’ (PHEV).

Bagi solusi V2H, Mitsubishi menggelarkannya ‘Dendo Drive Home’.

Pada skala lebih kecil, Kedai 7-11 di Jepun dan juga Nissan (tapi ia lebih menjurus ke V2H berbanding V2G) juga sedang menjalankan ujian sama seperti yang anda boleh lihat di dalam video berikut:

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda