window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kos RM 800 juta, LRT Kelana Jaya akan dibaiki dalam masa 6 bulan dengan kekerapan sehingga 4 minit

Mersita · May 26, 2022 07:00 PM

Kos RM 800 juta, LRT Kelana Jaya akan dibaiki dalam masa 6 bulan dengan kekerapan sehingga 4 minit 01

Laluan LRT Kelana Jaya sedang dalam proses pengubahsuaian jangkahayat pertengahan melibatkan kos RM 800 juta, susulan kekerapan kes kerosakan yang dialami sejak kebelakangan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, usaha ini melibatkan penyelenggaraan tahap empat, pembaikan, dan Maintenance Repair Overhaul bagi 28 set tren jenis 818 bagi memanjangkan hayat tren.

Kerajaan juga akan menerima 19 tren jenis baharu pada suku keempat tahun hadapan bagi laluan Kelana Jaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kos RM 800 juta, LRT Kelana Jaya akan dibaiki dalam masa 6 bulan dengan kekerapan sehingga 4 minit 01

“Sehingga kini, tahap pemeriksaan dan pembaikan telah mencapai 14 peratus dan disasarkan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2022,” katanya. Difahamkan, perkhidmatan tren di laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan tiga ke empat minit berbanding 2.5 minit sebelum ini bergantung kepada ketersediaan tren.

Menurutnya, laluan LRT Kelana Jaya ialah laluan popular dengan 350,000 penumpang sehari. Selepas MRT 3 laluan Putrajaya mula beroperasi pada Jun nanti, jumlah penumpang dijangka akan bertambah.

Kos RM 800 juta, LRT Kelana Jaya akan dibaiki dalam masa 6 bulan dengan kekerapan sehingga 4 minit 02

Empat insiden yang berlaku sejak 2 Mei lalu sehingga menyebabkan gangguan servis bagi laluan berkenaan disebabkan oleh beberapa isu, antaranya kerosakan brek kecemasan dan kaliper brek.

“Daripada data yang diperolehi, gangguan ini disebabkan oleh beberapa faktor khususnya masalah tachometer yang menyumbang 47 peratus daripada jumlah kes, unit elektronik 32 peratus, antena enam peratus, dan masalah-masalah lain, 15 peratus,” jelasnya lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda