window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta

Faisal ยท Jul 23, 2022 06:00 PM

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 01

Memandangkan kos sara hidup di Malaysia makin tinggi, beberapa tinjauan terhadap bengkel-bengkel kereta mendapati bahawa pelanggan sekarang ini makin banyak menangguhkan penggantian komponen yang berkait dengan kereta mereka.

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 02

Menurut laporan The Sun, perkara ini berlaku disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi oleh pemilik berikutan kadar inflasi di negara kita makin meningkat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 01

Berdasarkan laporan daripada penasihat servis Perodua, 50% daripada pemilik didapati sudah lari dari jadual penyelenggaraan yang ditetapkan oleh buku servis.

Juga baca2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah?

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 02

Untuk pengetahuan anda, mereka nanti akan perlu bayar lebih banyak kalau kereta mengalami kerosakan akibat perbuatan menangguh servis atau tidak menukar komponen yang sudah sampai masa.

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 03

Ada juga yang bateri kunci kereta habis pun rasa terbeban untuk tukar.

Malah menurut timbalan presiden Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia, permintaan dalam perkhidmatan menunda kenderaan juga makin meningkat kerana banyak kereta didapati rosak atau mengalami kemalangan yang berpunca daripada aspek teknikal kenderaan yang sudah tidak optimum.

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 04

Bagi anda yang belum tahu, servis Perodua sendiri ada jenis normal, semi-minor dan major. Harga untuk servis normal yang melibatkan penukaran minyak enjin dan penapis minyak adalah sekitar RM 250. Servis semi-minor pula dicajkan antara RM 300 ke RM 400 yang mana ia termasuk penukaran minyak brek dan penapis udara. Untuk servis major yang berharga di antara RM 500 ke RM 600, perodua menambah cecair penyejuk, servis penyaman udara dan penukaran minyak kotak gear.

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 05

Jadi, untuk anda yang mahu jangka hayat kereta kekal berpanjangan, elakkanlah daripada menangguh jadual servis atau penggantian komponen yang perlu selagi boleh kerana dalam anda hendak berjimat, mungkin anda akan rugi pada masa akan datang.

Juga bacaKos penyelenggaraan Toyota GR Supra. Mahal ke murah?

Kos sara hidup makin mahal, 50% rakyat Malaysia sanggup tangguh penyelenggaraan kereta 06

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda