window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa!

Khairil ยท Feb 15, 2021 09:00 AM

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 01

KTM sememangnya terkenal dengan jentera yang hebat dalam segmen 'Adventure' berkuasa tinggi.

Justeru, untuk terus kekal handal di pasaran global, syarikat pengeluar motosikal dari Austria itu mengemaskini model terhangatnya, KTM 1290 Super Adventure S bagi versi 2021 yang hadir dengan pelbagai peningkatan, baru-baru ini.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai permulaan, jentera berkuasa tinggi ini tampil dengan penambahbaikkan dari sudut ergonomik menerusi perubahan rekaan tangki minyak dan kedudukan pelana lebih rendah.

Selain itu, prestasinya turut dipertingkat dengan beberapa penambahbaikkan dan teknologinya kini lebih canggih.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 01

Bagi menjadikannya lebih tangkas, kerangka KTM 1290 Super Adventure S 2021 diperbaharui dengan casis lebih pendek, penggunaan subfrem baharu serta lengan ayun yang lebih panjang.

Segala penambahbaikkan itu didakwa KTM dapat mengoptimumkan pengagihan berat yang bukan saja meningkatkan ketangkasan jentera ini, malah keselesaannya.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 02

Seperti model terdahulu, KTM 1290 Super Adventure S 2021 masih menggunakan enjin bersesaran 1,301 cc LC8 V-Twin namun ia sudah direka semula. Justeru, enjin yang mendapat 'case' baharu ini dikatakan 1.6 kg lebih ringan.

Selain itu, KTM berkata sistem piston motosikal ini turut direka semula bagi meningkatkan lagi ketahanan enjin dan ia didakwa lebih sejuk berikutan sistem penyejukan turut dipertingkatkan.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 03

Sebagai tambahan, dengan sistem ekzos yang direka semula, kuasa yang dihamburkan daripada enjinnya yang kemudian disalurkan menerusi kotak gear PANKL didakwa memberikan peningkatan yang besar apabila digunakan dengan sistem QuickShifter+.

Sekalipun ia kini patuh piawaian emisi Euro 5, kuasa yang dihasilkan KTM 1290 Super Adventure S 2021 tetap hebat iaitu 160 Hp pada 8,750 rpm dan tork 140 Nm pada 6,750 rpm.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 04

Angka berkenaan membuatkan KTM 1290 Super Adventure S 2021 mengekalkan takhta sebagai model paling berkuasa dalam segmen berkenaan.

Dari sudut tunggangan pula, jentera berkuasa ini turut dipadankan dengan perkakasan elektronik yang baharu dan menggunakan pakej suspensi semi-aktif WP generasi baharu yang paling canggih dengan unit kawalan suspensi (SCU) yang dinaik taraf.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 05

Kepada yang berminat dengan penetapan lebih individu, KTM turut menawarkan pakej pilihan Suspension Pro yang membenarkan pelarasan di bahagian suspensi depan dan belakang.

Selain itu, antara teknologi yang ada pada KTM 1290 Super Adventure S 2021 adalah sistem antigelincir MSR, kawalan pegun bukit (HHC), Unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch, kawalan stabiliti (MSC), ABS selekoh.

Bagi sistem kawalan traksi (MTC), ia hadir dalam lima mod tunggangan iaitu Rain, Street, Sport, dan Offroad,manakala mod Rally sebagai pilihan.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 06

Seperti jentera berkuasa tinggi lain, KTM 1290 Super Adventure S 2021 dibekalkan dengan Adaptive Cruise Control (ACC) yang berpandukan radar. Sistem berkenaan hadir secara standard dan produk kerjasama antara KTM dan Bosch.

Sistem berkenaan secara automatik menyesuaikan jarak antara motosikal mengikut keadaan lalu lintas dan mempunyai lima tetapan. Ia boleh diatur menerusi suis bar hendal yang direka semula.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 07

Dari sudut panel meter pula, ia kini menggunakan kluster instrumen TFT baharu dengan ciri penyambungan Bluetooth kepada telefon pintar dengan aplikasi dari KTM. Ia kini dikatakan lebih mesra pengguna dan paparan infografiknya lebih menarik.

Selain itu, antara ciri-ciri lain adalah ia turut mempunyai tempat simpanan telefon bimbit yang kalis air dan turut didatangkan dengan pengecas USB. Saiz tangki bahan apinya adalah 23 liter dan visor angin baharu boleh laras.

KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa! 08

Tidak diketahui bila KTM 1290 SUPER ADVENTURE S 2021 akan menjengah pasaran tempatan namun bagi pasaran global, ia dikatakan akan mula diedarkan pada Mac tahun ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda