window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k!

Khairil · Jul 30, 2021 03:00 PM

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 01

Dilancarkan di pasaran global pada Januari lepas, versi terbaharu jentera 'Adventure' termaju KTM iaitu KTM 1290 Super Adventure S 2021 akhirnya tiba di pasaran Malaysia.

Tampil dengan pelbagai naik taraf termasuk dari sudut teknologi berbanding versi sebelumnya, harga yang ditawarkan oleh KTM Malaysia untuk motosikal ini adalah RM 132,800 (asas tanpa yuran pendaftaran, insuran, cukai jalan). 

Juga baca: KTM 1290 Super Adventure S 2021. Jentera 'Adventure' garang, canggih, berkuasa!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 01

Kehadiran model KTM 1290 Super Adventure S 2021 KTM ini melengkapkan rangkaian model KTM Adventure yang dijual di Malaysia termasuklah siri 250, 390, 790, 790 R.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 02

Seperti diperkatakan sebelum ini, pelbagai naik taraf diberikan kepada KTM 1290 Super Adventure S 2021 termasuk dari sudut kerangka, dimensi termasuklah spesifikasi mekanikal dan trenkuasa.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 03

Sebagai permulaan, enjin KTM 1290 Super Adventure S 2021 masih kekal 1,301 cc, LC8 V-Twin namun mengalami perubahan termasuk di bahagian piston sekaligus menjadikannya lebih ringan dan sistem penyejukan turut dipertingkatkan.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Kini patuh dengan piawaian emisi Euro 5, kuasa yang dihasilkan KTM 1290 Super Adventure S 2021 adalah 160 Hp pada 8,750 rpm dan tork 140 Nm pada 6,750 rpm. Angka kuasa dan tork berkenaan membuatkan KTM 1290 Super Adventure S 2021 mengekalkan takhta sebagai model paling berkuasa dalam segmen berkenaan.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 04

Dari sudut ergonomik pula, antara perubahan adalah rekaan tangki minyak dan kedudukan pelananya lebih rendah. Dan bagi meningkatkan ketangkasan, kerangka KTM 1290 Super Adventure S 2021 turut diperbaharui dan lebih pendek, subfrem baharu serta lengan ayun yang lebih panjang.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 05

Segala penambahbaikkan itu didakwa KTM bukan saja dapat mengurangkan berat keseluruhan jentera, namun turut mengoptimumkan pengagihan berat yang bukan saja meningkatkan ketangkasan malah keselesaan tunggangan. Turut mendapat penambahbaikan adalah sistem ekzos.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 06

Seperti jentera berkuasa tinggi lain, KTM 1290 Super Adventure S 2021 dibekalkan dengan teknologo Adaptive Cruise Control (ACC) yang berpandukan radar. Sistem berkenaan hadir secara standard dan produk kerjasama antara KTM dan Bosch.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 07

Sistem canggih lain termasuklah Sistem Antigelincir (MSR), Kawalan Pegun Bukit (HHC), Unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch, Kawalan Stabiliti (MSC), ABS Selekoh dan Kawalan Traksi (MTC).

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif

Sebagai jentera dalam segmen premium, KTM 1290 Super Adventure S 2021 juga mempunyai lima mod tunggangan iaitu Rain, Street, Sport, dan Offroad manakala mod Rally sebagai pilihan.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 08

Sistem suspensi juga menggunakan jenama premium iaitu WP Apex di bahagian depan dan belakang yang datang dengan unit kawalan suspensi (SCU). Sistem brek pula adalah cakera berkembar bersaiz 320 mm dengan kaliper Brembo 4-piston (depan) dan cakera tunggal 267 mm kaliper Brembo 2-piston di bahagian belakang.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 09

Panel meter pula menggunakan kluster instrumen TFT baharu dengan ciri penyambungan Bluetooth kepada telefon pintar dengan aplikasi dari KTM. Ia dikatakan lebih mesra pengguna dan paparan infografiknya lebih menarik.

Juga baca: Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021!

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 10

Selain itu, antara ciri-ciri lain adalah ia turut mempunyai tempat simpanan telefon bimbit yang kalis air dan turut didatangkan dengan pengecas USB. Saiz tangki bahan apinya adalah 23 liter dan visor angin baharu boleh laras.

KTM 1290 Super Adventure S 2021 rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 132.8k! 11

Sekalipun 1290 Super Adventure S 2021 turut terpalit isu yang memaksa pengeluar Austria itu membuat panggilan semula (recalled), tetapi menurut laporan media tempatan, model yang dilancarkan di Malaysia tidak berkaitan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda