window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif

Khairil ยท Feb 3, 2021 09:00 AM

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 01

Bagi terus relevan dalam persaingan yang sentiasa kompetitif, KTM Eropah memperkenalkan KTM Duke 200 2021 yang tampil dengan reka bentuk baharu dan lebih agresif, baru-baru ini.

Menggunakan tagline 'Light Heavyweight', KTM 200 Duke 2021 diinspirasi dan datang dengan perwatakan seperti 'abang' besarnya seperti KTM 1290 Super Duke yang berwajah garang namun jauh lebih ringan dan mudah dikendalikan.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Justeru, ia sesuai bagi motosikal permulaan bagi sesiapa yang berhasrat untuk melangkah ke dunia motosikal berkuasa tinggi.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 01

Selain hadir dengan reka bentuk yang lebih segar terutama di bahagian lampu depan, teknologinya juga dipertingkatkan dan enjinnya kini mematuhi piawaian emisi Euro5.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 02

Sebagai info, Malaysia berkemungkinan mendapat versi naiktaraf ini pada tahun ini bagi menggantikan versi yang dilancarkan pada 2018.

Dari sudut spesifikasi menanikal, KTM 200 Duke 2021 dikuasakan enjin bersesaran 199.5 cc, 1 Silinder, DOHC, Penyejuk Cecair dan menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 03

Digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan, ia menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 25.4 Hp dengan daya tork maksimum 19.5 Nm dengan tangki bahan api berkapasiti 13.4 liter.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 04

Dari sudut keselesaan dan keselamatan, KTM 200 Duke 2021 menggunakan fork depan WP APEX 43 mm jenis terbalik dan suspensi monoshock WP APEX dengan ciri pelarasan prabeban manakala brek menggunakan brek cakera 300 mm (depan) dan 230 mm (belakang) dan lengkap dengan ABS Single Channel.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 05

Ia dilengkapkan dengan panel instrumen digital LCD dan turut mempunyai lampu siang DRL.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 06

Dari sudut roda, KTM 200 Duke 2021 menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci dengan tayar depan selebar 110 mm dan belakang 150 mm dengan berat kering keseluruhannya berada dalam lingkungan 140 kg.

KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif 07

Seperti kebiasaan, dua skim pilihan warna ditawarkan dengan kemasan warna tradisi KTM iaitu jingga selain putih.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda