KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500

Khairil · Dec 25, 2020 10:00 AM

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 01

KTM Malaysia akhirnya melancarkan dua model yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, KTM 250 Adventure dan KTM 390 Adventure 2021.

Hadir dengan reka bentuk yang moden dan futuristik, pilihan warna bagi kedua-dua jentera berkenaan adalah warna tradisi KTM, jingga hitam dan jingga putih.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 02

Dari sudut harga, KTM 250 Adventure dijual pada harga RM21,500 manakala 390 Adventure pula didatangkan hadir dengan harga RM30,800.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 01

Seperti 'abangnya' 790 Adventure, kedua-dua model ini didatangkan dengan tempat duduk lebih memanjang, tangki lebih kecil dan dipadankan radiator baharu bersama dua kipas penyejuk.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 02

Persamaan yang paling ketara adalah dari sudut rekaan lampu depannya yang mampu menarik perhatian.

Kedua-dua model ini dibangunkan dengan kerangka baharu daripada KTM 450 Rally yang dipadankan bar hendal keluli lebih tirus dan tahan pudar.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 03

Selain itu, kedua-dua model memiliki ketinggian tempat duduk 855mm dan tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter.

250 Adventure memiliki berat 156 kg manakala 390 Adventure mempunyai berat lebih 2kg dan kedua-duanya didatangkan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper brek 4 piston di bahagian hadapan.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 04

Untuk keselesaan menunggang, ia turut dilengkapi sistem suspensi fork WP APEX 43 di bahagian hadapan manakala WP APEX monoshock di belakang.

Dari sudut kuasa, 250 Adventure menggunakan enjin satu silinder bersesaran 248.8 cc DOHC yang mampu menjana kuasa 30Hp dengan tork 24Nm.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 05

Jentera 390 Adventure pula yang lebih berkuasa dijana enjin 373cc DOHC yang menghasilkan kuasa 43hp dan tork 37Nm dengan kedua-dua model dipadankan kotak gear enam kelajuan bersama sistem klac slip & assist.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 06

390 Adventure memiliki berat 158 kg 390 Adventure menggunakan kerangka jenis trellis yang ringan dan teguh.

Selain itu, jentera baharu ini dilengkapi bersama panel instrumen digital TFT berwarna yang boleh dipadankan sistem KTM My Ride.

KTM 250, 390 Adventure 2021 kini di pasaran Malaysia, harga bermula RM21,500 07

Ia turut didatangkan dengan Motorcycle Traction Control (MTC), pilihan mod tunggangan, ABS off-road dan Cornering ABS.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru