window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau!

Khairil · Oct 3, 2022 09:30 AM

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau! 01

Seperti dijangka, perlumbaan MotoGP Thailand semalam berlangsung dalam keadaan 'basah' dan Red Bull KTM bersama pelumbanya, Miguel Oliveira yang terkenal 'padu' beraksi dalam keadaan litar seperti itu merangkul kemenangan.

Ia adalah kemenangan kedua diraih dalam keadaan hujan oleh pelumba kelahiran Portugal itu pada musim ini, dan uniknya di Asia Tenggara sekalipun memulakan perlumbaan di Litar Buriram di petak ke-11.

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau! 02

Miguel Oliveira meraikan kemenangan di Thailand bersama krew pasukan

Menamatkan perlumbaan di tangga kedua adalah seorang lagi pelumba yang terkenal dalam keadaan litar basah, Jack Miller dari pasukan Lenovo Ducati manakala rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia melengkapkan kedudukan podium.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempat ketiga yang diraih Bagnaia juga pasti merisaukan kem Yamaha dan pelumbanya, Fabio Quartararo yang menyaksikan kelebihan pelumba Perancis itu di takhta kejuaraan kini dicantas kepada hanya dua mata.

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau! 01

Quartararo malangnya tidak mengutip sebarang mata di Thailand dan menamatkan saingan di kedudukan ke-17.

Mengulas kemenangannnya di Thailand, Oliveira yang turut menang di Mandalika dalam keadaan cuaca yang sama berkata dia tidak merasa dia memiliki sebarang kemampuan istimewa untuk menunggang secara berbeza atau lebih baik berbanding pencabarnya di litar basah.

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau! 02

Miguel Oliveira

Tetapi dia percaya, kunci kepada kemampuannya beraksi dengan baik dalam keadaan seperti itu adalah keyakinan dan mencari cengkaman ketika hujan dan litar secepat yang mungkin.

"Tiada sebarang penjelasan lanjutan, hanya komen yang saya mahu menjadi lebih kompetitif ketika perlumbaan kering... jika ia hujan, saya akan menggunakan kelebihan itu dan meningkatkan peratusannya."

KTM menang di Thailand, Yamaha, Quartararo makin risau! 03

'Duo' Ducati melengkapkan podium

Berbaki tiga pusingan, termasuk di GP Malaysia pada 23 Oktober ini, pelumba Yamaha Quaratararo yang berada di puncak kejuaraan mengumpul 219 mata diikuti Bagnaia 217 mata  manakala pelumba Aprilia, Aleix Espargaro ketiga dengan 199 mata.

Selepas Thailand, perlumbaan MotoGP seterusnya dijadual berlangsung di Australia pada 16 Oktober diikuti GP Malaysia pada 23 Oktober.

Keputusan GP Thailand 2022

  1. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM (RC16), 41m 44.503s
  2. Jack Miller (AUS) Ducati Lenovo (GP22), +0.730s
  3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP22), +1.968s
  4. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP22), +2.490s
  5. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +2.958s
  6. Enea Bastianini (ITA) Gresini Ducati (GP21), +13.257s
  7. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +14.566s
  8. Alex Marquez (SPA) LCR Honda (RC213V), +14.861s
  9. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP22), +15.365s
  10. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +18.097s
  11. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +19.041s
  12. Alex Rins (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +19.659s
  13. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +22.439s
  14. Pol Espargaro (SPA) Repsol Honda (RC213V), +23.646s
  15. Raul Fernandez (SPA) KTM Tech3 (RC16)*, +30.483s
  16. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP21)*, +33.466s
  17. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +34.072s
  18. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP21)*, +36.203s
  19. Cal Crutchlow (GBR) WithU Yamaha RNF (YZR-M1), +36.532s
  20. Danilo Petrucci (ITA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +42.508s
  21. Darryn Binder (RSA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1)*    +49.992s
  22. Tetsuta Nagashima (JPN) LCR Honda (RC213V), +51.346s
  23. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +2 laps

     Remy Gardner (AUS) KTM Tech3 (RC16)*, DNF

Sumber imej: FB KTM Factory RacingRed Bull MotorsportsDucati

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda