window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan?

Khairil ยท Sep 7, 2021 11:00 AM

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 01

Selain KTM RC 390 dan RC 125 2022, turut diberikan 'wajah' serba baharu oleh syarikat pengeluar motosikal Austria itu umumnya untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia adalah model KTM RC 200 2022.

Tidak seperti KTM RC 390, KTM RC125 begitupun dijual khusus untuk pemegang lesen kelas A2 di Eropah dengan pasaran lain antaranya India dan Malaysia memperoleh model lebih berkuasa iaitu RC 200.

Juga baca: Akhirnya KTM tayang RC390 2022 secara rasmi, harga masih rahsia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 01

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 02

Sama seperti RC 390 dan RC 125 2022, RC 200 2022 turut mendapat rekaan serba baharu yang menyaksikan motosikal berkenaan tampak lebih seperti 'Sportbike' tulen. Selain reka bentuk, prestasinya turut dipertingkatkan.

Juga baca: KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit!

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 03

Dipadankan dengan enjin bersesaran 199.5 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, KTM RC 200 2022 berupaya menghasilkan kuasa 25.4 Hp dan tork 19.5 Nm. Transmisi pula adalah 6 kelajuan.

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 04

Seperti pembaharuan yang diterima 'adik-beradiknya' yang lain, KTM RC 200 2022 juga lebih ringan berbanding model generasi sebelumnya.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Ia susulan beberapa perubahan yang dibuat termasuk penggunaan kerangka baharu yang 1.5 kg lebih ringan, sistem brek depan dan belakang dari jenama ByBre (kurang 960 gram) serta penggunaan rim baharu yang 1 kg lebih ringan.

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 05

Sistem suspensi kekal dengan fork jenis terbalik (USD) daripada jenama WP APEX big piston dan suspensi belakang dari jenama sama. Begitupun, ia dikemaskini bagi meningkatkan kualiti tunggangan.

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 06

Sistem brek pula menggunakan brek cakera tunggal 320 mm 4-piston di roda depan dan cakera belakang 230 mm yang lengkap dengan Supermoto ABS.

Dengan segala pembaharuan yang dibuat, KTM mendakwa RC 200 2022 mampu menghasilkan tunggangan lebih mantap dan bukan saja boleh 'dilayan' di litar, malah untuk kegunaan harian.

Juga baca: Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 07

Ciri-ciri lain termasuklah panel meter digital LCD yang lebih besar, lampu signal dan lampu belakang LED, tangki bahan api lebih besar, lampu depan halogen dan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih. Kedua-dua pilihan warna itu tampil dengan skim dua tona berwarna jingga termasuk pada sub-frame dan rim aloi.

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 08

Di pasaran Malaysia, generasi terdahulu KTM RC 200 masih dijual dengan harga sekitar RM 13k berdasarkan penawaran di laman sesawang jual beli popular.

KTM RC 200 2022 diperkenal, akan masuk Malaysia tahun depan? 09

KTM RC 200 2020

Tetapi katanya ramai yang menantikan ketibaan model terbaharu ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman dari KTM Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda