window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021

Faisal ยท Jan 8, 2022 04:00 PM

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 01

Seperti yang anda tahu, kereta buatan China masih belum mendapat kedudukan yang kukuh di pasaran Malaysia (melainkan Geely ‘Proton’). Namun di Thailand, pasaran sana nampaknya sudah mula menerima produk China dengan hati yang sangat terbuka.

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 02

Sumber: Headlight Mag.

Menurut data jualan untuk Oktober 2021, dua SUV segmen C paling popular di Thailand adalah Haval H6 Hybrid (536 unit) dan MG HS (443 unit).

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai perbandingan, Honda CR-V pada bulan itu hanya terjual sebanyak 423 unit. Untuk makluman anda, ini sudah tiga bulan berturut-turut Honda CR-V kehilangan posisi sebagai SUV segmen C paling laku di Thailand.

Juga bacaSUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 01

Sumber: Headlight Mag.

Sebelum ini, iaitu dari Januari ke Oktober 2021, Honda CR-V sebenarnya masih menerajui carta jualan (4,059 unit), diikuti oleh MG HS (3,654 unit) dan Subaru Forester (1,672 unit).

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 02

Untuk tempoh yang sama juga, Haval H6 Hybrid berjaya mendapat tempat keempat dengan jualan sebanyak 1,669 unit. Menariknya, GWM Thailand telahpun mendedahkan angka jualan untuk November 2021 dan SUV ini nampaknya berjaya dijual sebanyak 401 unit.

Juga bacaGreat Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 03

Haval H6 PHEV.

Kiranya, dari awal tahun hingga ke tempoh tersebut, SUV hibrid ini telah terjual sebanyak 2,070 unit.

Juga bacaThailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia

Kuasa sakti China, SUV Haval & MG di Thailand 'tapau' Honda CR-V bagi jualan Oktober 2021 04

Haval Jolion.

Di Malaysia kelak, Haval H6 dijangka tiba ke pasaran pada tahun ini berserta dengan saudara yang penuh bergaya, Haval Jolion.

Juga bacaLebih berbaloi? Haval Jolion untuk pasaran Malaysia ingin ‘tapau’ jualan Corolla Cross dan HR-V

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda