window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya!

Zamil Syaheer Β· Feb 20, 2022 04:00 PM

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 01

  • Pasaran SUV premium dibentuk oleh Toyota Harrier
  • Empat generasi, hanya satu yang mempunyai turbo
  • Tetapi kuasa kuda bukanlah takrifan barisan model Harrier

Kalau anda masih lagi didalam gua, bentuk badan SUV adalah citarasa semasa dunia automotif secara global. Trend ini bukan sahaja untuk jenama yang marhaen, malah merangkumi jenama ultra-premium seperti Rolls-Royce Cullinan atau Lamborghini Urus. Namun, tahukah anda model mana yang memulakan segalanya?

Jawapannya: Toyota Harrier.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerja pembangunan untuk Toyota Harrier generasi pertama bermula seawal 1994 dan menjelang 1997, ia telah ditunjukkan kepada dunia. Di Jepun, ia dilancarkan sebagai Toyota Harrier manakala seluruh dunia melihatnya sebagai Lexus RX (XU10) generasi pertama.

Juga baca: Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang

Mengapa selari dengan Lexus?

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 01

Lexus SLV (Sport Luxury Vehicle) Concept

Lexus dicipta untuk menembusi pasaran premium/mewah di AS. Toyota sudah tahu bagaimana untuk memenuhi pasaran rumahnya dengan Toyota Century sebagai bukti, jadi jenama Lexus tidak diperkenalkan secara rasmi di Jepun sehingga 2005.

Sebaliknya, terdapat model selari seperti Toyota Harrier (Lexus RX), Toyota Altezza (Lexus IS), dan lain-lain.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 02

Kembali kepada Toyota Harrier generasi pertama. Matlamatnya adalah untuk menggabungkan prestasi sedan mewah di atas jalan dan keupayaan ke mana-mana SUV. Ingat, ini adalah masa apabila BMW X5 atau Porsche Cayenne tidak lagi wujud.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 03

Ia ditawarkan dengan enjin 3.0 liter V6 atau 2.2 liter 4 silinder, dengan kuasa dihantar sama ada ke roda hadapan atau keempat-empat roda untuk varian 3.0 liter. Transmisi automatik 4-kelajuan adalah satu-satunya pilihan tunggal.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 04

Varian 2.2 liter seberat 1,590 kg dan enjinnya menghasilkan 140 PS/191 Nm, sesuai untuk pemanduan santai. Model facelift kemudian menggantikan enjin 2.2 liter dengan 2.4 liter yang menghasilkan 160 PS/221 Nm. Bagi mereka yang ‘gila kuasa’, enjin 3.0 liter V6 menghasilkan 220 PS/301 Nm. Transmisi automatik 4-kelajuan datang sebagai standard.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 05

Di Malaysia, Harrier generasi XU10 tidak tersedia secara rasmi tetapi terdapat banyak pengedar kereta import yang menangkap sebahagian besar segmen crossover/SUV mewah yang baharu pada ketika itu. Disebabkan struktur cukai jalan Malaysia, terdapat lebih banyak model 2.2 liter dan 2.4 liter daripada 3.0 liter.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 06

Walau bagaimanapun, pemilik jarang mengadu tentang kekurangan kuasa kerana Harrier menepati apa yang orang mahukan - keselesaan dan kehalusan yang dibalut dengan badan crossover/SUV kelas atas yang memberikan jarak kelegaan tanah yang baik, serta keterlihatan dan kepraktisan.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 07

Di AS, Lexus RX generasi pertama terjual lebih 370,000 unit dalam tempoh 5 tahun, membentuk lebih separuh daripada jualan syarikat itu.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 08

Menjelang tahun 2003, Toyota Harrier (XU30) generasi kedua telah dilancarkan. Ringkasnya mudah - jadikan semuanya lebih baik. Ia lebih besar, lebih cekap dari segi aerodinamik, dan sarat dengan ciri seperti lampu depan adaptif, pelarasan elektrik untuk stereng, suspensi udara, dan sebagainya.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 09

Pilihan enjin termasuk enjin 2.4 liter pada generasi sebelumnya yang dinaik taraf dan enjin 3.0 liter V6, ditambah dengan enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 272 PS/342 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan baharu.

Seperti XU10 Harrier, XU30 membanjiri pasaran kereta recon  dengan majoriti daripadanya dilengkapi dengan enjin 2.4 liter. Ia tidak pantas, tetapi amat selesa.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 10

Kesejajaran dengan Lexus berhenti pada tahun 2008 apabila Lexus RX generasi ketiga diperkenalkan, dan pada masa itu Lexus telah pun dijual di Jepun. Oleh itu, Harrier generasi XU30 bertempur selama 10 tahun, sehingga 2013.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 11

Toyota Harrier generasi ketiga (XU60) telah diperkenalkan pada 2013 dan tanpa kaitan dengan Lexus, tiada enjin V6 tersedia. Pada peringkat pengenalannya, pilihan trenkuasa termasuk enjin 2.0 liter aspirasi natural  dengan 151 PS/193 Nm dan hibrid 2.5 liter.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 12

Tanpa insentif cukai untuk hibrid yang diimport sepenuhnya, jelaslah rangkaian kuasa yang dipilih oleh pengimport selari. Sekali lagi, orang ramai tetap membeli Toyota Harrier walaupun ia "hanya" menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi natural.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 13

Tetapi, pada 2018, UMW Toyota akhirnya menawarkan Harrier XU60 yang dipertingkatkan dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter. Enjin 8AR-FTS menghasilkan 231 PS/350 Nm dan menggegarkan keseluruhan pasaran 'recon' kerana model pra-facelift hanya mempunyai enjin 2.0 liter NA.

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 14

Model ini agak ganjil dalam barisan keturunan Harrier, dan mungkin telah mencipta jangkaan tertentu untuk model penggantinya. Tetapi untuk satu generasi (atau separuh), XU60 facelift menawarkan semua yang orang suka tentang Harrier dengan dengusan tambahan turbo.

Juga baca: Toyota Harrier 2020 dengan body kit GR. Lebih mengancam?

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 15

Memang menarik untuk melihat penerusan tawaran enjin pengecas turbo dalam Toyota Harrier generasi keempat (XU80) tetapi malangnya, peraturan pelepasan emisi melarangnya.

Juga baca: Toyota Harrier adalah SUV mewah No. 1 Jepun tahun 2020 tapi Toyota Raize (Ativa) tapau semua!

 

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 16

Seperti Harrier XU60 pra-facelift, tiada lagi pilihan enjin pengecas turbo. Di Jepun, Harrier XU80 ditawarkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter aspirasi natural dan hibrid 2.5 liter. Oleh itu, memang jelas pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkan di Malaysia.

Juga baca: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 17

Sekali lagi, mereka yang betul-betul berminat nampaknya tidak terlalu risau dengan kekurangan kuasa, kerana stok 2021 Toyota Harrier XU80 telah habis dijual dalam masa seminggu.

Juga baca: Toyota Harrier 2021 laku keras dalam masa 6 hari, kesemua 300 unit hampir licin!

Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya! 18

Mungkin, ini hanya kembalinya semula Harrier mengikut formula asal - keselesaan, kehalusan dan kebolehpercayaan dibalut dalam pakej SUV kelas atas. Turbo? Meh.

Juga baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda