window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat!

Khairil · Dec 22, 2021 06:00 PM

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 01

Jika anda meminati drama kepolisian Roda-Roda Kuala Lumpur, antara jentera yang menjadi 'halwa' mata pastinya motosikal Honda CBX 750P yang digunakan seniman A. Galak atau popularnya Sarjan Misai dan rakan setugasnya.

Jentera yang diberi julukan 'Kuda putih' kegunaan polis trafik itu sememangnya menjalankan tugasnya dengan baik memburu pesalah dan menjadikannya sebagai 'igauan ngeri' terutama kepada geng mat rempit.

Juga baca: 'Rider' FoodPanda langgar lampu isyarat dihambat polis trafik, warga maya puas hati!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 01

Tetapi selaras dengan kemajuan teknologi, model yang diperkenalkan pada era 80-an itu turut menjalani proses penggantian oleh Polis Diraja Malaysia kepada model yang lebih canggih iaitu Honda VFR 800. 

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 02

Justeru, seperti aset lama lain, ia sudah beberapa kali menjalani proses penjualan kepada orang awam dan terbaharu, beberapa buah motosikal berkenaan dijual di laman sesawang sosial terkenal.

Juga baca: Anggota polis trafik ditangkap memandu lawan arus dalam keadaan mabuk

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 03

Diiklan di laman Facebook Jual Beli Kereta Malaysia, harga yang ditawarkan untuk sebuah motosikal ini adalah serendah RM 9,500.

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 04

Sedikit mengenai spesifikasi Honda CBX 750P, ia enjin bersesaran 747 cc, 4 Silinder Sebaris yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan dengan kuasa yang dihamburkan setinggi 91 Hp.

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 05

Berbalik kepada Honda CBX 750P milik polis yang diiklankan, antara maklumat yang diberikan penjual adalah 'Kondisi sedia ada, boleh tukar nama, boleh datang tengok di Rawang dan Bukit Beruntung, Urgent Sale', Nett dan tidak boleh pindah barang.

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 06

Sebagai info, membeli motosikal polis bukan satu kesalahan undang-undang tetapi ada syarat yang perlu dipatuhi seperti setiap pembeli diwajibkan menukar ciri-ciri khusus motosikal polis berkenaan.

Juga baca: Video: Motosikal terlanggar polis trafik ketika ‘mencilok’, salah siapa?

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 07

Rata-rata pengikut 'page' laman sosial berkenaan tampak cukup teruja dengan iklan berkenaan yang dapat dilihat menerusi imej tangkap layar di bawah.

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 08

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 09

'Kuda putih' PDRM Honda CBX750 diiklan, serendah RM 9.5k, ramai yang minat! 10

Apapun kepada yang berminat, inilah peluang anda mendapatkannya tapi perlu diingat, jangan sampai menyalahi undang-undang.

Juga baca: Jaga-jaga 'rider' p-hailing, polis Selangor guna rakaman 'dashcam' langgar peraturan sebagai bukti!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda