window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagi berita rempuh sekatan jalan raya, polis lepas 3 das tembakan hentikan penjenayah

Haris Β· May 28, 2020 10:00 PM

Lagi berita rempuh sekatan jalan raya, polis lepas 3 das tembakan hentikan penjenayah 01

Belum reda dengan isu pemandu mabuk yang melanggar orang ramai di Bukit Sentosa, kali ini penjenayah pula cuba merempuh sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Sebuah Toyota Avanza sewa yang dipandu 3 orang lelaki dalam cubaan lari telah merempuh sekatan jalan polis lalu memaksa polis untuk melepaskan 3 das tembakan. Tembakan itu telah mengenai pintu hadapan sebelah kiri dan bahagian kanan tayar hadapan menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar parkir kediaman sebuah rumah.

Lagi berita rempuh sekatan jalan raya, polis lepas 3 das tembakan hentikan penjenayah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat adegan kejar mengejar yang bermula ketika suspek cuba melarikan diri apabila ditahan oleh pihak polis. Hal ini kerana suspek didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Bukan itu sahaja, suspek juga memecut laju sambil cuba melanggar pihak polis yang bertugas ketika itu.

"Anggota bertugas telah mengekori kenderaan itu menuju ke Jalan Changkat Larang dan menghubungi bilik gerakan untuk bantuan, namun sebaik tiba di sekatan jalan raya RTC Gopeng, suspek merempuh papan tanda dan sekali lagi cuba melanggar anggota bertugas sebelum menuju ke arah pekan Kampar.”

"Dari pekan Kampar, kenderaan itu berjaya lolos sebelum menuju ke Chenderiang dan berjaya ditahan di sana selepas berlaku adegan kejar-mengejar hampir 45 minit," ujar Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Lagi berita rempuh sekatan jalan raya, polis lepas 3 das tembakan hentikan penjenayah 01

Hasil daripada siasatan pihak polis, suspek didapati positif dadah jenis methaphetamin serta mempunyai beberapa jenayah lampau seperti dadah dan kes curi kenderaan. Malahan, salah seorang daripada suspek turut dikehendaki berikutan bersangkutan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Suspek yang memandu turut mendakwa salah seorang lagi suspek mengacukan pisau ke lehernya supaya tidak memberhentikan kenderaan kerana bimbang mempunyai kesalahan lampau.

Suspek yang berusia 21, 23 dan 26 tahun masing-masing dari Kampar dan Tapah datang ke Ipoh untuk berhibur dan didakwa membawa dadah bersama-sama mereka. Suspek juga bertindak membuang barang terlarang tersebut ke luar ketika adegan kejar mengejar. Pihak polis telah mengerahkan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk membantu mengesan dadah tersebut.

Lagi berita rempuh sekatan jalan raya, polis lepas 3 das tembakan hentikan penjenayah 02

Tuan A Asmadi turut mengesahkan tiga kertas siasatan telah dibuka bagi kes ini iaitu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 26 Akta Polis dan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis juga akan mendapatkan perintah reman ke atas ketiga-tiga suspek esok.

Kredit berita: Sinar Harian

Kredit gambar: NST

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda