window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan!

Khairil ยท Sep 6, 2021 07:00 PM

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan! 01

Satu lagi model motosikal 'kapcai' buatan syarikat pengeluar motosikal tempatan, Aveta Global Marketing dikenali Aveta V-13R 2021 bakal menghiasi pasaran Malaysia pada bulan depan.

Perkembangan itu begitupun tidak diumumkan secara rasmi oleh Aveta sendiri namun dibuat oleh salah satu pengedar jenama berkenaan iaitu Tr Motorworld FB menerusi laman Facebook.

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kuasa pecutan luar jangkaan. Pertama dalam kelasnya. Akan berada di pasaran bulan Oktober 2021," menurut hantaran menerusi poster yang turut memaparkan 'siluet' motosikal berkenaan.

Juga baca: Aveta bawa masuk Dayang ADV 150 ke pasaran tempatan? Tempahan sudah pun dibuka!

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan! 01

Tetapi pada hantaran kedua, syarikat berkenaan menunjukkan imej model berkenaan dengan lengkap bersama empat pilihan warna iaitu Hitam, Biru, Merah dan Perak bersama corak grafik dan rekaan rim aloi yang menarik.

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan! 02

Berdasarkan hantaran berkenaan lagi, model berkenaan dijangka menggunakan enjin bersesaran 130 cc. Selain memiliki logo buatan Malaysia, ia juga dikatakan patuh piawaian emisi Euro 4 dan datang dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km perbatuan.

Dari sudut reka bentuk, Aveta V13R sememangnya boleh dianggap memiliki rekaan yang menarik dan mirip model 'Super moped'.

Juga baca: Spyshot: Lagi 'Super moped' baru sedang diuji, kali ini dari Aveta!

Lagi model 'kapcai' terjah pasaran tempatan, Aveta V13 R bakal dilancar bulan depan! 03

Aveta belum mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai namun syarikat berkenaan menerusi hantaran di Facebook rasmi sempena Hari Kemerdekaan menyiarkan dua buah model yang belum berada dalam katalognya iaitu ADV 150 dan V13R.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda