Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini!

Khairil · Apr 10, 2021 08:00 PM

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 01

Selepas imej bahagian belakang motosikal mirip model Honda Winner X sedang ditunggang uji tersebar minggu lalu, timbul satu lagi gambar motosikal 'panas' berkenaan sedang diuji dan kali ini ia lebih jelas.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 02

Tidak sukar untuk melihat gambar dari sudut hadapan motosikal berkenaan kerana ia sudah pun tular di media sosial hasil perkongsian ramai pengguna yang sememangnya 'rajin'.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 01

Seperti sedia maklum, kehadiran Honda Winner X sememangnya amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini selepas pencabar utamanya, Yamaha Y16ZR menjengah 'tanah Malaya' ini jauh lebih awal.

Sekalipun sudah dilancarkan sejak 2019 di pasaran Vietnam, Honda Winner X hanya dijual di pasaran negara berkenaan malah negara-negara kuasa besar dalam industri motosikal seperti Indonesia, Thailand masih belum menerimanya.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 02

Justeru, untuk tidak mengendurkan keterujaan berkenaan, pengedarnya iaitu Boon Siew Honda (BSH) perlu menyegerakan kemasukan model itu dan buktinya adalah imej 'spyshot' itu.

Daripada gambar berkenaan, ia dipercayai adalah tunggang uji yang dilakukan oleh BSH di Pulau Pinang, berdekatan kilang Honda yang terletak di Batu Kawan.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 03

Berdasarkan daripada sumber yang dipetik daripada laman web automotif hebat di tanah air, penampakan imej tunggang uji atas jalan raya bagi model dari jenama Jepun menandakan tarikh pelancarannya makin hampir.

Malah ia berkemungkinan berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Baca juga: Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba?

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 04

Bagi menguatkan lagi spekulasi berkenaan, model yang masih berada di pasaran, RS150 V2 sudah pun turun harga sejak 1 April lalu dengan ada kedai menjualnya dengan harga di bawah RM 8k.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 05

Mengenai nama rasmi yang akan digunakan, berkemungkinan BSH patut menggunakan nama Winner X atau nama berbeza kerana RS150 V3 pada pandangan kami tidak lagi begitu 'mengujakan'. Tapi siapalah kami.

Lagi 'penampakan' Honda Winner X diuji tular, pelancaran dijangka pertengahan tahun ini! 06

Apapun, dengan kehadiran Winner X ini, ia pastinya merancakkan persaingan dalam segmen 'Super moled' dan paling terbaharu adalah pelancaran model baharu Benelli yang dijadual esok. Sama-sama kita nantikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru