window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu?

Mersita · Oct 22, 2020 07:00 PM

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 01

Kita dah banyak kali dengar kes kereta merempuh kedai atau bank secara tidak sengaja. Disebabkan oleh kecuaian, satu lagi kisah kereta merempuh dinding bank terjadi semalam di Sipitang, Sabah – dua orang kanak-kanak berusia 5 dan 2 tahun ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya dan kereta tersebut merempuh dinding cawangan Maybank di sana.

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 02

Si ibu yang berurusan di dalam bank tersebut meninggalkan dua kanak-kanak tersebut di dalam kereta Proton Saga dengan enjin yang masih hidup. Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, perkara sebegini memang boleh terjadi jika kita tak cukup berhati-hati.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu lagi kes dinding bank menjadi ‘mangsa’ rempuhan juga berlaku baru-baru ini di Kuala Lumpur apabila sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang wanita berumur 53 tahun merempuh dinding bank di Jln. Tun Ismail. Beliau tersilap menekan pedal dan kereta terpecut mengakibatkan pemandu panik.

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 01

Sumber: Utusan

Banyak lagi kisah sama yang seringkali dilaporkan. Kebanyakannya adalah disebabkan pemandu terburu-buru dan tidak sedar gear berada pada D (Drive) dan bukannya R (Reverse), tersalah pedal brek dengan pacuan, terkejut dan panik ataupun sebab-sebab lain yang tidak terkawal. Ada yang terlanggar dinding dan maut di tempat kejadian. Apa caranya untuk elak perkara sebegini daripada berlaku?

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 02

Tombol gear di tengah-tengah antara kerusi hadapan juga berisiko untuk teralih apabila kanak-kanak bermain di dalam kereta

Teknologi kereta baru yang dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) merangkumi pelbagai fungsi keselamatan dan salah satu daripadanya ialah Pedal Misoperation Control atau Kawalan Salah-laku Pedal. Walaupun kita tak boleh bergantung 100% dengan sistem ADAS, ia sedikit sebanyak membantu untuk memperlahankan kenderaan dan memberi ruang atau masa untuk pemandu yang sedang panik.

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 03

Bagaimana Pedal Misoperation Control berfungsi? Kawalan ini, seperti yang boleh ditemui di dalam A.S.A. Perodua, menggunakan kamera untuk mengesan jarak antara bahagian depan kereta dengan halangan seperti dinding, rak dan macam-macam lagi. Ia diaktifkan apabila kamera mengesan jarak dalam 4 – 5 meter dan pedal ditekan secara mengejut.

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 04

Apabila diaktifkan, fungsi ini akan memperlahankan kenderaan dengan menahan kuasa enjin dan mengeluarkan bunyi dan lampu amaran atau gegaran pada stereng atau pedal. Pemandu sekurang-kurangnya boleh sempat mengawal kenderaan dan kerosakan atau impak boleh dikurangkan.

Anda boleh lihat video di bawah yang menjelaskan fungsi Pedal Misoperation Control dalam sistem Advanced Safety Assist atau A.S.A (ADAS versi Perodua):

A.S.A juga merangkumi fungsi pengelak perlanggaran hadapan seperti gegaran amaran dari Pre-Collision Warning dan aktivasi brek bertekanan tinggi dari Pre-Collision Braking jika pemandu tidak sempat mengelak tepat pada masanya.

Antara kereta yang sudah dilengkapi dengan fungsi ini termasuklah Perodua Myvi (2018 dan seterusnya), Perodua Aruz, dan Toyota Rush.

Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu? 05

Aruz dilengkapi dengan ASA 2.0

Tapi, perlu juga diingatkan yang ADAS ada juga kekurangannya dari segi ketelitian dan perinciannya. Contohnya, kamera atau sensor pengesan anda mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik kerana cermin windscreen kotor/berhabuk, cuaca hujan, dan juga permukaan dinding atau halangan yang terlalu lutsinar.

Ada yang skeptikal dengan fungsi ADAS, tapi malang tidak berbau dan kita boleh sekurang-kurangnya bersiap-siaga untuk apa-apa kemungkinan. Mungkin berguna untuk ahli keluarga yang sudah berumur? Apa pendapat anda pula? Jom kongsikan di ruangan komen WapCar - BM.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda