window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali

Khairil ยท Feb 8, 2023 01:00 PM

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 01

Gandingan pelumba Cryptodata Aprilia RNF Motogp, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez dihamburkan dengan tugas getir mencabar pelumba bintang pasukan utama Aprilia, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales pada musim ini.

Itu pendedahan yang dibuat bos pasukan itu, Datuk Razlan Razali yang turut mengakui kagum dengan ketelusan Aprilia.

Juga baca: MotoGP: RNF Racing sah 'berpisah' dengan Yamaha, guna jentera Aprilia musim 2023!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 01

Razlan Razali

Sebagai info, pasukan kendalian Razlan, RNF beralih daripada menggunakan jentera Yamaha M1 kepada Aprilia RS-GP bermula pada musim ini.

"Sasaran kami amat jelas," kata Razlan memetik laporan Crash.net. "Mereka mahu melihat kami, di mana saja yang mungkin, di depan pelumba-pelumba utama. Kamu tidak memperoleh perkara ini dengan pasukan utama lain.

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 02

"Saya yakin yang pelumba-pelumba kami akan melakukannya dengan baik. Aprilia akan memberikan sokongan yang semaksimum mungkin.

"Ini kerana pada akhirnya, jika pelumba kami melakukan yang terbaik, perjalanan karier mereka adalah pergi ke pasukan utama. Itu adalah realitinya. Dan kami perlu kembali dan mencari pelumba baharu."

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 03

Begitupun, Oliveira dan Fernandez tidak akan memperoleh jentera spesifikasi terbaharu untuk berlumba pada musim ini dan akan menggunakan jentera Aprilia RS-GP spesifikasi tahun lalu.

"Saya secara jujurnya percaya dan yakin jika pelumba kami melakukan keputusan yang positif, tidak kira Miguel atau Raul, saya fikir pasukan utama akan melihat kepada pilihan untuk memberikan apa yang mereka mahukan (komponen baharu)."

Juga baca: Miguel Oliveira, Raul Fernandez jadi pilihan RNF Aprilia MotoGP, Razlan!

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 04

Kembali ke Malaysia bagi ujian pra-musim rasmi pertama MotoGP, Razlan berkata segala-galanya rasa berbeza pada tahun ini selepas menghabiskan empat tahun bersama Yamaha.

"Perasaannya cukup berbeza terutama hubungan dengan Aprilia. Komunikasi di antara Massimo (Rivola - Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing), Paolo (Bonora - Pengarah Teknikal), Wilco Zeelenberg (Pengurus Pasukan) dan staf kami menakjubkan.

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 05

"Tiada sebarang penghadang (seperti) dengan pengeluar Jepun. Kami tahu dengan tepat dengan siapa kami bercakap. Kami bercakap dengan jurutera enjin secara terus, kami bercakap dengan jurutera aerodinamik secara terus. Mereka memberitahu kami apa yang sepatutnya dilakukan. Jadi ketelusan itu menakjubkan."

'Lain' berbanding Yamaha, Aprilia cabar pelumba RNF kalahkan pelumba 'kilang' - Razlan Razali 06

Sebagai permulaan terhadap hubungan akrab itu, kedua-dua pasukan tidak akan meletakkan penghadang di antara garaj RNF dan Aprilia Racing ketika sesi ujian pra-musim di Sepang yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 12 Februari ini.

Sumber imej: FB Razlan RazaliCryptodata Aprilia RNF Motogp Team

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda