Idea untuk menggunakan rupa luaran Spoon pada Honda City versi sedan telah dikongsikan oleh The Ajerul pada laman Facebook rasminya.
Rupa luaran Spoon yang tak lapuk dek zaman di kalangan peminat Honda ini pernah mewarnai model seperti Civic, Jazz/Fit, Accord Euro R, S2000, dan NSX.
Kombinasi warna kuning dan biru ini menyerlah dan juga ikonik. Walaupun kit badan masih lagi standard, ‘livery’ dengan ‘tire lettering’ ini membuatkan City Hatchback dan sedan nampak ganas.
Kalau ada diberi peluang untuk menala Honda City Hatchback 2021, apakah gaya dan tema yang anda akan lakukan? Tinggalkan komen anda di bawah!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.