window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran: Honda CR-V 2022 serba baharu dengan unsur HR-V, nampak premium?

Faisal Β· Jul 23, 2021 06:00 PM

Lakaran: Honda CR-V 2022 serba baharu dengan unsur HR-V, nampak premium? 01

April yang lalu, spyshot mengenai sebuah SUV misteri yang dikhabarkan sebagai Honda CR-V 2022 serba baharu telah tersebar luas. Perkara ini tidak boleh dinafikan memandangkan produksi Honda CR-V generasi sekarang sudahpun memasuki tahun kelima.

Baru-baru ini, satu lakaran berkenaan Honda CR-V generasi seterusnya telah dimuat naik dalam Instagram kelsonik. Secara tidak langsung, lakaran ini memberikan kita gambaran awal mengenai SUV segmen C Honda yang akan datang.

Juga bacaSpyshot: Honda CR-V 2022 serba baru generasi baru, ataupun HR-V spesifikasi USA?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda lihat, elemen reka bentuk yang diterapkan banyak diambil dari Honda HR-V serba baru dan Honda SUV e:Prototype. Antaranya seperti lampu LED yang tirus dan gril berbentuk pentagon yang besar. Dari pandangan kasar, gabungan ini menghasilkan wajah depan yang cukup gah.

Lakaran: Honda CR-V 2022 serba baharu dengan unsur HR-V, nampak premium? 01

Honda CR-V generasi sekarang.

Juga bacaHonda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Lakaran ini turut memperlihatkan bampar yang tajam seperti model sekarang tetapi lebih kemas. Pada bahagian sisi, ia mengenakan rim pelbagai bilah yang sama seperti Honda SUV e:Prototype. Kalau anda perasan, cermin sisinya diletakkan pada bahagian pintu.

Lakaran: Honda CR-V 2022 serba baharu dengan unsur HR-V, nampak premium? 02

Umumnya, lakaran ini menunjukkan sebuah Honda CR-V dengan unsur yang lebih kemas dan rapi.

Lakaran: Honda CR-V 2022 serba baharu dengan unsur HR-V, nampak premium? 03

SUV misteri Honda yang diintip beberapa bulan yang lalu.

Apapun, Honda CR-V generasi seterusnya dijangka hadir dengan trenkuasa yang sama seperti model sekarang. Kiranya, ia akan mirip susunan yang dibuat pada Honda Civic baru. Varian yang dielektrifikasi pula dijangka debut pada masa yang akan datang.

Juga bacaKereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda