window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia?

Haris · Feb 12, 2021 09:00 AM

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 01

Perodua dijangka akan melancarkan model SUV pertama pada bulan Mac 2021. Perodua D55L masih lagi sebuah rahsia sulit Perodua namun apa yang telah diketahui setakat ini mungkin mampu mengujakan pembeli dan peminat jenama nombor 1 Malaysia ini.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sinonim dengan kenderaan kos rendah, Perodua juga terkenal dengan tawaran model paling asas. Tiada tambahan aksesori yang berlebihan, hanya komponen yang terbukti berfungsi dan tahan lama.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 01

Lakaran awal oleh Theo

Oleh yang demikian, pengilustrasi Wapcar.my iaitu Arif Chan telah melakar Perodua D55L ‘spec’ kosong, diinspirasikan berdasarkan lakaran oleh Theophilus Chin.

Untuk model Perodua D55L ‘spec’ kosong ini, tentulah ia dilengkapi dengan komponen kos rendah. Antaranya rim yang digunakan adalah ‘rim kompang’, bumper plastik pada bahagian sekeliling dan antena radio aerial seperti yang terdapat pada Perodua Axia spec kosong.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 02

Namun jika Perodua D55L spec kosong direalisasikan, ia mungkin akan menerima transmisi manual. Hal ini berikutan daripada khabar angin yang mengatakan Daihatsu Rocky akan hadir dengan transmisi manual bermula dari pasaran Indonesia.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 03

Transmisi yang digunakan pada Toyota Raize / Daihatsu Rocky pasaran Jepun adalah transmisi CVT. Ini mungkin memberi petanda bahawa Perodua D55L mungkin akan menjadi model Perodua pertama dengan transmisi CVT.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 04

Model ‘spec’ kosong selalunya ditawarkan pada harga yang sangat murah namun ia bukanlah pilihan yang paling berbaloi untuk harganya. Sebagai contoh, varian Perodua Axia yang kami rasakan paling berbaloi adalah varian G bagi mereka yang mensasarkan kereta paling murah dan berbaloi. Cuma kalau nak murah sangat, ambil saja varian E manual tersebut.

Lakaran Perodua D55L spec kosong, SUV paling murah di Malaysia? 05

Oleh The Ajerul

Apa-apa pun, Perodua D55L tampak menggalakkan jika melihat kepada prestasi Toyota Raize pasaran Jepun yang laris. Tapi kalau ada Perodua D55L ‘spec’ kosong, apa salahnya kan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda