
Sejak dari mula, Proton amat dikenali dengan barisan kereta saloon yang sangat-sangat popular dikalangan keluarga di Malaysia. Proton Saga, Wira, Waja, Perdana, dan Preve adalah antara yang terkenal. Model yang paling bercita-cita tinggi adalah Proton Preve yang dikatakan sebagai kereta global pertama Proton.

Di bawah perkongisan Proton-Geely, beberapa nama model yang akan datang telahpun didaftarkan. Ini termasuk X50 dan X70, dan juga beberapa nama lain yang telah didaftar seperti C50 dan S50. C50 barangkali akan disimpan untuk sebuah model hatchback manakala S50 boleh jadi disimpan untuk model sedan.
![Lakaran: Proton S50 saloon segmen C bakal jadi pewaris Preve dan Waja? 01]()
Setelah melakar hampir setiap kereta Geely kepada model ala-Proton, Theophilus Chin kali ini telah membayangkan semula Proton Preve / Proton Waja yang diberi plat nama “Proton S50”. Bila diamati, ia tampak sangat serupa dengan Geely Binrui.
Proton Waja dan juga Proton Preve merupakan saloon segmen C yang telahpun dihentikan produksinya tanpa sebarang pewaris yang tetap. Memandangkan nama S50 sudahpun ditanda-dagangkan oleh Proton, sebuah model saloon segmen C yang baharu oleh Proton mungkin akan jadi kenyataan tak lama lagi.
![Lakaran: Proton S50 saloon segmen C bakal jadi pewaris Preve dan Waja? 02]()
Lakaran ini sebenarnya adalah berdasarkan sedan Ford Focus dengan rupa hadapannya seperti Proton X50, dan ia tidak jauh bezanya daripada lakaran Proton Suprima S yang terdahulu.
Dengan penggunaan Ford Focus sebagai asas bagi lakaran ini, saloon segmen C sebenar oleh Proton boleh jadi tampak sangat berlainan dengan lakaran-lakaran ini.
![Lakaran: Proton S50 saloon segmen C bakal jadi pewaris Preve dan Waja? 03]()
Sedan baharu yang kita boleh jangkakan dari Proton pada tahun ini ialah Proton Persona facelift dan juga Proton Iriz facelift.
Patutkah Proton hidupkan semula saloon segmen C ataupun menetapkan fokus mereka pada SUV sahaja? Jom komen di ruangan FB WapCar – BM nanti!
Komen