window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia?

Faisal · Nov 30, 2020 06:00 PM

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 01

Proton merupakan jenama kereta Malaysia yang pertama tetapi jenama Perodua sentiasa menjadi pilihan rakyat.

Walau apapun, apa anda rasa jika Proton hendak bersaing dengan Perodua Axia melalui model yang telah lama terkubur?

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 02

Lakaran oleh Theophilus Chin

Baru-baru ini, pelakar automotif terkenal di tanah air kita iaitu Theophilus Chin telah memberikan gambaran beliau mengenai Proton Tiara baru. Untuk maklumat anda, beliau juga telah melakar Honda HR-V yang akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 01

Berdasarkan lakaran beliau, Proton Tiara baharu kelihatan seperti Proton Suprima yang dikecilkan. Malah pada bahagian belakang, ia kelihatan seperti Dacia Sandero dan Tata Tiago.

Menariknya, Tiago asalnya dikenali sebagai Zica. Malangnya, nama tersebut berbunyi seperti virus Zika. Maka itu, Tata mengubahnya kepada nama Tiago.

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 02

Lakaran oleh Theophilus Chin

Kembali ke hatchback segmen A, wajah depan pada Proton "Tiada" ini kelihatan seperti Proton Saga. Malah ia memperlihatkan rekaan lampu dan bampar yang sama. Bahagian gril pula mirip Proton X50.

Mengenai nama “Tiada”, ia hanyalah sebagai nama. Malangnya, Proton berkemungkinan besar tidak akan menceburi semula pasaran hatchback segmen A.

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 03

Untuk pengetahuan anda, Proton pernah cuba untuk mencabar Perodua melalui model Tiara dan Savvy tetapi ia tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Walaupun Proton Savvy dengan transmisi manual agak baik, perkara menjadi sebaliknya buat Proton Tiara dimana ia tidak laku sama sekali.

Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia? 04

Maka itu, Saga versi hatchback yang dilakar ini hanyalah sebagai sebuah Proton yang “Tiada”. Tambahan pula, Proton Iriz masih sukar untuk mencuri hati rakyat seperti Perodua Myvi walaupun ia memberikan pemanduan yang jauh lebih baik. Mungkin perubahan transmisi boleh menjadikannya lebih menarik di samping meningkatkan prestasi jualan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda