window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan?

Haris · Sep 2, 2021 04:00 PM

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan? 01

Di Malaysia ini tentunya kita sedari bahawa ruang adalah kemewahan. Oleh itu, tiada yang lebih mewah dengan ruang berbanding Toyota Alphard. MPV mewah ini terkenal sebagai simbol kekayaan di kebanyakan negara.

Oleh yang demikian, artis digital Musa Rio Tjahjono telah tampil memberikan idea beliau mengenai gambaran Toyota Alphard dengan kit badan lebar (Widebody). Beliau merupakan rakyat Indonesia yang kini tinggal di Amerika Syarikat untuk menjadi ketua pereka bagi West Coast Customs.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier?

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan? 01

Apa yang menariknya, Toyota Alphard tidak dijual di AS secara rasmi. Musa berharap Toyota AS dapat melakukan sesuatu untuk perkara itu.

“Saya harap ‘model jahat’ ini boleh didapati di sini di Amerika Syarikat. Toyota Alphard adalah sebuah van mini hebat yang mempunyai kualiti sedan mewah.

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan? 02

Saya rasa Toyota boleh membawa Alphard ke sini di bawah jenama Lexus bagi menjadikannya lebih berbaloi. Saya tahu di Indonesia, MOV ini sangat berjaya dan memberikan kualiti yang sangat diidamkan.” ujar Musa.

Baca: Dipuja di Malaysia, pemilik Toyota Alphard di Indonesia selamba bedal 'off-road'

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan? 03

Antara perincian kit badan lebar untuk Toyota Alphard yang diberikan oleh Musa adalah rekaan fender yang lebih menonjol. Gril hadapan juga dipanjangkan ke bawah tanpa sebarang lekuk, memberikan rekaan fasia yang kemas. Toyota Alphard ini juga direndahkan bagi memberikan imej yang lebih 'JDM'.

Lakaran Toyota Alphard dengan rekaan ‘Widebody’, nak bagi penuh satu lorong jalan? 04

Toyota Alphard pasaran Jepun

Musa lebih banyak menghasilkan imej bayangan untuk model sedan, coupe dan SUV berprestasi tinggi. Bakatnya besar dan patut menjadi inspirasi untuk pereka-pereka muda di rantau ini untuk mengasah bakat dengan lebih baik.

Baca: Toyota Alphard 2022 dilakar sekali lagi, tiada logo Alphard tapi nampak lagi premium!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda