window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang?

Haris · Jul 28, 2021 08:00 PM

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang? 01

Toyota Hilux baru sahaja menerima facelift pada tahun 2020. Bagi peminat trak pikap Toyota ini, model generasi baharu dijangka akan hadir pada tahun 2024 dengan sejumlah peningkatan yang menarik. Oleh yang demikian, apa kata kita usha dahulu lakaran Toyota Hilux generasi akan datang nanti!

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Artis Kleber Silva, melalui akaun KDesign AG memperlihatkan Toyota Hilux generasi akan datang dengan fasia Toyota Land Cruiser 300 yang baru sahaja ditampilkan sekitar 2 bulan lepas. 

Hal ini bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana Toyota Land Cruiser 300 juga banyak berkongsi komponen dengan Toyota Hilux tetapi selalunya LC 300 akan ditampilkan lebih awal.

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang? 01

Selain daripada naik taraf rekaan, Toyota Hilux generasi ke-9 dijangka akan menggunakan platform TNGA-F yang turut digunakan pada Toyota Land Cruiser 300.

Perincian trenkuasa masih samar-samar di mana enjin 4-silinder 2.8 liter turbocaj sedia ada yang masih dipercayai hinggalah enjin V6 3.5 liter turbo berkembar yang ada pada LC300. Transmisi automatik 10-kelajuan pula disebut-sebut sebagai transmisi standard.

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang? 02

Susun atur kabin dalaman juga dibayangi oleh Toyota Land Cruiser, dengan skrin infotainment jenis terapung dan rekaan yang lebih moden berbanding model Toyota Hilux generasi ke-8 facelift sekarang. Mungkin terlalu awal untuk menjangkakan penampilan kabin dalaman pada tahun 2024 di mana teknologi mungkin berkembang lebih jauh pada ketika itu. 

Lakaran: Toyota Hilux generasi baru guna bumper Toyota Land Cruiser, makin garang? 03

Sentuhan terakhir bagi Toyota Hilux generasi akan datang adalah kemungkinan untuk ditawarkan dalam varian GR atau GR-Sport yang tentunya mengujakan ramai peminat. Jika benar Toyota Hilux generasi ke-9 nanti tampil seperti ini, adakah ia masih memenuhi tema gagah yang selalu dibawa selama ini?

Bacaan Lanjut:

Toyota Hilux GR Sport bakal tiba di Jepun pada Oktober 2021, Malaysia berpeluang tinggi?

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Kebaikan & Keburukan: Toyota Hilux Rouge 2020 – 'best', tapi tak selesa macam Triton

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda