window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan!

Faisal Ā· Feb 11, 2021 05:00 PM

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 01

Baru semalam paten Honda HR-V 2021 serba baru tertiris. Sementara menunggu debut global pada minggu depan (18 Februari), kami telah mengenakan warna pada paten tersebut supaya lebih jelas untuk anda bayangkan.

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 02

Berbanding Honda HR-V sekarang, imej paten ini memperlihatkan rekaan baru yang lebih tajam. Antara perubahan yang bakal kita lihat ialah gril depan yang lebih menyerlah, cermin sisi di pintu, dan bumbung yang lebih landai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 01

Theophilus Chin juga ada lakaran belakang yang jelas

Perincian lanjut mengenai trenkuasa masih belum dapat disahkan. Tetapi, kami jangkakan enjin 1.5L turbo dan enjin hibrid i-MMD. Bercakap mengenai i-MMD, kami masih nantikan pengumuman harga rasmi buat Honda City RS.

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 02

Turut dikenali sebagai 'Honda Vezel' di Jepun, Honda telah mengacah keluaran baru buat SUV segmen B ini melalui video dan risalah.

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 03

Sejak dilancar pada tahun 2015, Honda HR-V cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Saiz yang kompak cukup memudahkan dalam pemanduan harian. Pada masa yang sama, ia cukup luas dan praktikal.

Lakaran warna buat paten Honda HR-V 2021 serba baru, debut global minggu depan! 04

Nampaknya kita perlu tunggu sehingga minggu depan untuk dapatkan perincian penuh mengenai Honda HR-V 2021 serba baru. Untuk maklumat yang terkini, ikuti kami!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda