window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah - apa dah jadi?

Zaid · Jun 14, 2021 10:00 AM

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 01

Bermula Disember 2021, produksi Nissan Navara bakal ditarik keluar daripada barisan model Nissan Motor pasaran eropah.

Tindakan ini berkait rapat dengan penutupan kilang pembuatan kenderaan komersial, (Nissan Motor Iberica) di Barcelona, Spain, tempat kelahiran Navara.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 02

Nissan Navara Dark Sky Concept, 2018 Hanover Commercial Vehicles Show

Namun, tindakan penutupan kilang tersebut sahaja tidak mampu menjejaskan produksi Navara kerana Nissan masih mampu mengimportnya dari Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model jenama lain seperti Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton juga diimport dari negara yang sama ke Eropah.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 01

Nissan memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

Rakan kongsi bersama Mitsubishi Motors, juga mengumumkan model Triton akan ditarik keluar daripada pasaran Eropah pada penghujung tahun ini.

Langkah ini diambil bagi memberi laluan kepada dua barisan model baru mereka hasil kerjasama dengan Renault.

Juga baca40k unit terjual dalam suku pertama 2021, Isuzu D-Max tewaskan Hilux, Triton dan Ranger di Thailand!

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 02

Trend trak pikap pasaran Eropah kini terhad dengan model seperti Ford Ranger , Toyota Hilux, Volkswagen Amarok dan Isuzu D-Max.

Jenama Fiat terlebih dahulu menarik keluar model Fullback (platform Triton) dan Mercedes Benz bagi model X-Class (platform Navara) daripada pasaran.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 03

Berbaki model sedia ada, hanya Amarok sahaja yang dihasilkan di Eropah.

Namun, tempoh produksinya hanya sah sehingga tahun 2022 kerana ianya akan berpindah dari Hanover, Jerman ke kilang milik Ford di Afrika Selatan.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 04

VW Amarok model trak pikap terakhir diperbuat dari Eropah

Jika anda tertanya-tanya adakah Volkswagen Amarok generasi baru ini adalah versi ‘rebadged’ daripada Ford Ranger 2022, maka ianya tepat sekali.

Jadi, kenapa trak pikap kurang mendapat sambutan di Eropah?

Van pilihan lebih popular berbanding trak pikap

Tidak seperti pengguna lain di Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Australia dan Selatan Afrika, pengguna di Eropah tidak berkongsi minat yang sama terhadap trak pikap.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 05

Perbandingan van >> trak, di Eropah

Bagi pembeli di Eropah, mereka lebih selesa memilih van seperti Ford Transit atau Volkswagen Transporter  untuk melakukan kerja-kerja berat.

Van ini dilihat memudahkan kerja seperti mengangkut kargo kerana mempunyai rekaan lantai yang rendah dan bukaan pintu gelungsur yang luas.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 06

Jika mereka inginkan kenderaan yang lebih santai dan sesuai untuk kerja berat, sebuah Volkswagen Transporter dengan system 4Motion (pacuan semua roda) pastinya menjadi pilihan.

‘Camper’ van ini berupaya mengangkut kargo yang banyak dan sesuai dipandu bersama keluarga sambil menikmati aktiviti hujung minggu.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 07

'Camper' van adalah kenderaan gaya hidup menjadi pilihan di Eropah

Bagi pilihan kenderaan jenis ‘off-road’ pula, mereka memilih Toyota Land Cruiser atau Land Rover Defender.

Pengguna yang membeli trak pikap kebiasaannya adalah peladang, sesuai dengan keperluan dan tugasan harian mereka.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 08

Kehadiran trak pikap yang berasal dari van juga mengurangkan daya tarikan trak tradisional

Standard emisi baru bagi kenderaan komersial pada tahun 2020

Seperti kebanyakkan negara termasuk Malaysia, trak pikap diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial.

Sebelum ini, atas faktor kegunaan umum kenderaan komersial, ia diberi kelonggaran dari segi standard emisi ekzos. Namun kini tidak lagi.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 09

Gambar: SMMT

Had emisi CO2 bagi kenderaan penumpang di Eropah telah berkurang kepada 95 g/km (purata jualan kenderaan pengilang). Angka ini tidak mampu dicapai tanpa jualan kenderaan hibrid.

Had emisi CO2 bagi kenderaan komersial juga telah diperketatkan kepada 147 g/km. Angka ini adalah normal bagi jualan kenderaan bukan hybrid bersaiz sedan atau SUV.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 10

Cara pengiraan pelepasan CO2 secara purata, klik untuk imej jelas.
Sumber: VDA

Jelas sekali, trak pikap yang kebiasaannya mempunyai angka 200 g/km had emisi CO2 tidak lagi mampu bersaing.

Namun, had emisi CO2 itu hanya ditetapkan ke atas jumlah purata jualan kenderaan pengilang dan bukan kepada model jenis individu.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 11

Barisan model hibrid Toyota pasaran Eropah

Ini bermaksud, pengilang kini perlu bijak menghadapi situasi selari dengan penetapan had emisi.

Jika Toyota ingin menjual Toyota Hilux, (yang mempunyai 250 g/km had emisi CO2) maka, jualan tersebut perlu seimbang dengan model hybrid seperti contoh; 20 unit Corolla hibrid.

Hal ini bukan satu masalah besar bagi Toyota kerana, kenderaan hybrid (yang mempunyai had emisi CO2 serendah 92 g/km) menyumbang sebanyak 50% jualan keseluruhan Toyota di Eropah, jumlah paling tinggi dalam saingannya.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 12

Sumber: The ICCT. Mazda mengumpulkan kredit CO2nya dengan Toyota, (peneraju pelepasan rendah di EU)

Toyota (dan juga Lexus) kini menerajui had pematuhan emisi CO2 Eropah.

Setiap pengeluar kenderaan bakal berdepan saman besar sekiranya tidak mematuhi standard emisi yang ditetapkan pada penghujung tahun 2021.

Peminat kereta elektrik mengkritik hebat Toyota kerana menghasilkan model EV dalam jumlah yang sedikit.

Hakikatnya, Toyota tahu corak permainan mereka tersendiri.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 13

EV adalah bagus jika ianya dijual dalam jumlah yang besar, jika sebaliknya, mereka tidak mampu menurunkan purata had emisi CO2 mengikut standard

Pesaing Toyota daripada Jerman (Volkswagen, Mercedes Benz, BMW dan Audi) sedang rancak melancarkan model EV.

Namun, seperti yang dijangkakan Toyota, harga jualan yang tinggi dan kurang penerimaan daripada pengguna menyebabkan jualan model EV mereka merudum.

Akibatnya, mereka gagal untuk mengurangkan had purata emisi CO2 terhadap jenama sendiri.

Atas faktor inilah, pengeluar kenderaan memilih untuk menarik keluar trak pikap mereka daripada pasaran.

Segala margin yang ada bagi had emisi CO2 diberi tumpuan kepada model van mereka, yang lebih menjanjikan permintaan di Eropah.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 14

Nissan e-NV200 juga terdapat dalam versi 'camper van'

Maka, Nissan memilih untuk meneruskan usaha dalam memasarkan kenderaan elektrik sepenuhnya model e-NV200 dan barisan model usaha sama Renault seperti NV250 (Renault Kombi), NV300 (Renault Traffic), NV400 (Renault Master).

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 15

Toyota Proace City Electric - Kenderaan komersial Eropah bakal beralih kepada kuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid 

Atas perubahan had emisi CO2 inilah menjadi sebab kepada Toyota untuk melancarkan model van komersial EV pertamanya, Proace City.

Model ini adalah hasil ‘rebadged’ daripada PSA Group Peugeot Expert/Citreon Jumpy.

Generasi Hilux yang seterusnya juga dijangka hadir dengan rangkaian kuasa hibrid diesel-elektrik.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 16

Kini, anda faham mengapa Thailand (kilang pembuatan trak pikap kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat) bergesa untuk beralih kepada pembuatan EV.

Pemerintah mereka telah menjangka situasi ini dan ingin mengelakkan Thailand daripada terus mengharapkan eksport trak pikap.

Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah -  apa dah jadi? 17

Infografik dari Bangkok Post

Juga baca: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda