window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya!

Haris · May 6, 2021 05:00 PM

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 01

Proton Saga menerima sambutan yang hangat di Pakistan susulan daripada pelancarannya pada bulan awal April 2021. Selain daripada itu, Proton Pakistan turut menawarkan Proton Saga R3 edisi terhad bagi meningkatkan lagi populariti sedan tersebut di Pakistan. 

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah portal automotif Pakistan, Pakwheels telah membandingkan Proton Saga dengan beberapa sedan segmen B lain yang ada di Pakistan. Mengejutkan, model Proton Saga rupa-rupanya sangat berbaloi untuk dimiliki berbanding sedan segmen B yang lain.

Perbandingan seperti berikut:

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 01

Sedan segmen B yang dibandingkan dengan Proton Saga ACE AT (varian paling atas) adalah Changan Alsvin 1.5 Comfort, Honda City 1.3 Prosmatic dan Toyota Yaris GLi.

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 02

Sebagai rujukan, Honda City di Pakistan masih lagi Honda City GM2 (2 generasi sebelum Honda City pasaran Malaysia) manakala Toyota Yaris (Vios di Malaysia) adalah model Toyota Yaris Ativ di Thailand. Ura-ura mengatakan bahawa Honda City baharu bakal dilancarkan di sana tetapi belum disahkan generasi mana yang akan dibawa.

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 03

Proton Saga menampilkan kesemua ciri-ciri keselamatan moden pada harga yang paling rendah berbanding pesaingnya. Melihat kepada konteks pasaran Pakistan ini, maka tidak hairanlah jika Al Haj Automotive sanggup membelanjakan sehingga USD 30 juta untuk kilang pemasangan Proton di sana.

Bukan itu sahaja, wartawan automotif Pakwheels sendiri, Faran Sb, turut membeli Proton Saga. Sebagai seorang individu yang berpengalaman dalam industri automotif Pakistan, Faran memilih Proton Saga sebagai kenderaan hariannya.

Suatu penanda aras yang baik jika pemerhati industri sendiri membeli Proton Saga setelah mencuba pelbagai model kenderaan lain, kan? 

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 04

Untuk rujukan, Proton Saga pasaran Pakistan menggunakan enjin bersesaran 1,299 cc (95 PS, 120 Nm) dengan padanan transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan. Namun, model R3 tetap menggunakan enjin bersesaran sama seperti yang terdapat di Malaysia.

Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya! 05

Walaupun output kuasa agak rendah berbanding pesaingnya, ia masih tampil dengan kelengkapan,waranti paling lama dan harga terendah dalam kelasnya. Adakah angka jualan Proton Saga di Pakistan akan diumumkan oleh Proton hujung tahun ini?

Bacaan Lanjut:

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70!

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Proton X50 akan dieksport ke Pakistan selepas Proton X70 dan Proton Saga!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda