window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini - Ini syarat-syaratnya

Mersita · Jan 6, 2023 11:30 AM

Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini - Ini syarat-syaratnya 01

Jalan Batang Kali-Genting yang ditutup sejak 16 Disember 2022 ekoran kejadian tanah runtuh akan dibuka semula hari ini, 6 Januari 2023, bermula jam 5 petang dengan kawalan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan diterhadkan hanya kepada pekerja di kawasan Genting Highlands. Para pekerja terlibat yang ingin melalui jalan negeri B66 itu mestilah mempunyai surat pengesahan daripada majikan.

Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini - Ini syarat-syaratnya 02

Kredit foto: Big Kuala Lumpur

Selain itu, laluan sementara itu juga akan dibuka hanya untuk kenderaan Kelas 1 (motokar, teksi, kenderaan pelbagai guna) dan kenderaan Kelas 6 (motosikal, skuter) sahaja. Mana-mana kenderaan yang melalui laluan berkenaan dilarang berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: "Naya orang kerja di Genting" - Jln. Batang Kali-Genting ditutup setahun ekoran tanah runtuh, ramai 'komplen'

Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini - Ini syarat-syaratnya 01

“Pengguna hendaklah berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan,” tulis kenyataaan itu.

Bagi mengurangkan risiko kesesakan di laluan Batang Kali – Genting Highlands, pengguna turut disarankan untuk menggunakan dua laluan alternatif iaitu Jalan Negeri B23 Laluan Ulu Yam – Batu Caves dan Jalan Persekutuan FT001 Laluan Kuala Lumpur – Ipoh.

Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini - Ini syarat-syaratnya 02

Orang awam boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-6064 1046, 03-6064 1058, dan 03-6064 1073 untuk sebarang pertanyaan.

Juga baca: Jangan curi-curi guna Jln. Batang Kali-Genting, penyenggaraan selepas tanah runtuh masih berjalan

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada kira-kira jam 2.42 pagi, 16 Disember 2022, di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya itu menyebabkan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda