Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan?

Khairil · Jan 27, 2021 10:00 AM

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 01

Penantian sangat panjang peminat skuter 'ala adventure' Malaysia, Honda ADV 150 mungkin menemui noktah apabila jentera itu dikhabarkan akan memasuki pasaran tempatan pada bulan depan.

Perkembangan menarik itu ketika ini sedang galak dilaporkan laman-laman media automotif tempatan berdasarkan sumber masing-masing sekalipun pengedar utamanya, Boon Siew Honda (BSH) masih mengunci mulut.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 02

Ketika ini, bayangan terdekat mengenai pelancarannya adalah tempahan bagi mendapatkan Honda ADV 150 ini sudah pun dibuka di beberapa cawangan pengedar sah jenama berkenaan.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 01

Apa yang pasti, selepas pertama kali dipertontonkan di Gaikinda Indonesia International Auto Show pada 2019, susah nak menafikan 'adik' kepada Honda X-ADV 750 ini berjaya membuatkan ramai orang jatuh hati kepadanya.

Dan hakikat pahit yang perlu ditelan, peminat motosikal berkenaan di negara ini hanya boleh berharap dan menontonnya menerusi laman sesawang sebelum berpeluang menunggangnya.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 02

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 03

Selain pandemik Covid-19 yang dikatakan menjadi punca kelewatan Honda ADV 150 dilancarkan ke pasaran Malaysia, satu lagi sebab adalah berikutan peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh BSH.

Apapun perlu diingat, motosikal berkenaan berkemungkinan hadir dengan 'harga kayangan', melebihi RM14,000 sekali pun hanya menggunakan enjin bersesaran 150cc. Dan harga berkenaan pastinya tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 04

Mungkin ada yang berkata harga berkenaan agak tinggi, namun ia sebenarnya tidak jauh berbeza berbanding dengan harga yang ditawarkan di pasaran Thailand dan Kemboja.

Malah negara pertama yang memasarkan ADV 150 iaitu Indonesia, ia dijual pada harga sekitar RM11,000.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 05

Melihat kepada spesifikasinya, harga berkenaan boleh disifatkan wajar dengan teknologi yang ditawarkan. Honda ADV150 dikuasakan enjin 150cc eSP (Enhanced Smart Power) PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 14.3Hp pada 8,500rpm dengan tork 13.8Nm pada 6,500rpm. Dengan tangki minyak sebesar 8.0 liter, jarak perjalanan yang mampu dicapai oleh motosikal ini dikatakan melebihi angka 370 km.

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 06

Ciri-ciri menarik yang lain termasuklah panel meter digital sepenuhnya, sistem kunci Honda Smart Key, console box dengan pengecas USB, sistem lampu LED sepenuhnya dengan lampu DRL dan ESS, windscreen yang boleh dilaraskan, suspensi belakang dengan subtank dan sistem brek cakera depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Lama betul tunggu Honda ADV 150 masuk Malaysia. Tarikh terbaru bulan depan? 07

Jika diperhatikan di laman sosial, rata-rata pengguna yang berminat dengan Honda ADV 150 ini sudah pun menyuarakan rasa bosan malah ada yang mengakui sudah membeli motosikal lain kerana tidak tahan menunggu.

Apapun seperti anda semua, kami di WapCar juga berharap penantian itu akan berakhir.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru