window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton?

Zamil Syaheer · May 22, 2022 12:00 PM

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 01

Proton telah memberikan Proton Saga satu lagi naik taraf setelah hampir 3 tahun model ini diperkenalkan di Malaysia.

Perkara pertama dahulu – Proton telah memperkenalkan varian 1.3L Premium S AT baru sebagai varian tertinggi, menggantikan varian Premium. Selebihnya, barisan Saga yang dikemas kini lebih kurang sama seperti sebelumnya, dan varian manual 5-kelajuan juga dikekalkan.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior - jika anda mengambil perhatian, boleh nampak dengan jelas

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 01

Dari atas hingga bawah: Saga 1.3L Standard AT, Saga 1.3L Premium AT, Saga 1.3L Premium S AT

Tidak seperti kemas kini pada tahun 2019 dengan perubahan yang agak besar, kali ini, perubahannya kurang ketara.

Di hadapan terdapat logo Proton bulat baru untuk semua varian. Varian Premium S merah yang anda lihat di sini menambah skirt depan dan sisi, serta roda aloi dwi-tona. Kemasan merah di bawah logo Proton bulat bary adalah unik kepada varian Premium S sahaja; varian lain pula warna perak.

Pada semua varian Proton Saga 2022 baru, cermin sisi kini boleh dilaras secara elektrik, walaupun hanya cermin sisi pada Premium S sahaja yang boleh dilipat secara automatik.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 02

Kemasan hitam adalah unik untuk varian Premium S

Di bahagian belakang, Proton telah memberikan Saga MC2 2022 yang dikemas kini dengan kepingan hitam di atas Kawasan plet nombor, serta menanggalkan bit krom pada bampar. Ini unik untuk varian Saga Premium S spesifikasi teratas.

Baca juga: Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Interior – Selamat tinggal tombol kawalan iklim yang lama

@wapcar_zamil Saga ke Bezza? #cartok #fypmalaysia #learnontiktok #carmalaysia #belajaronline #kelastiktok #malaysia #proton #protonsaga ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Perubahan pada bahagian dalam termasuk panel kawalan penghawa dingin baru, kini dimodenkan dengan tombol lebih kecil yang kelihatan serupa dengan Proton Iriz dan Proton Persona yang dikemas kini. Bezanya, tiada paparan mewah dan mod angin blower.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 03

Varian Premium S berspesifikasi tinggi juga menambah kemasukan tanpa kunci (keyless entry) dengan butang ‘push start’, membawa Saga ke abad ke-21. Varian ini juga menawarkan stereng kulit buatan dengan butang kawalan audio serta tempat duduk separuh kulit buatan.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 04

Unit infotainmen pada varian Saga Premium S juga baru. Dari segi saiz, saiz skrin berukuran 7-inci adalah sama seperti sebelum ini, tetapi ia kini menggunakan sistem pengendalian yang menyokong pencerminan Apple dan Android.

Baca juga: ACO Tech - GKUI Proton akan ada Spotify? Android Auto & Apple CarPlay apa cerita?

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 05

Maaf, tiada Android Auto atau Apple CarPlay di sini. Terdapat juga ciri peringatan untuk mengingatkan pemandu supaya mengalihkan barang-barang mereka sebelum mereka keluar dari kereta mereka, sama seperti Bezza.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 06

Turut unik untuk varian Saga Premium S ialah kawalan tingkap berkuasa dengan tingkap belah pemandu boleh diturunkan secara automatik.

Keselamatan – Kawalan kestabilan kini ada di varian Standard

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 07

Malah varian Standard AT kini mendapat kawalan kestabilan

Proton (secara perlahan-lahan) kini menambah baik ciri keselamatan pada model peringkat permulaannya.

Pada kemas kini kedua, varian Standard 1.3L AT kini mendapat kawalan kestabilan, kawalan cengkaman dan bantuan mula daki – ciri yang pernah eksklusif untuk varian Premium spesifikasi tertinggi.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 08

Walau bagaimanapun, varian manual kekal tanpa ciri kawalan kestabilan atau cengkaman. Sekurang-kurangnya ABS, EBD dan BA masih ada.

Trenkuasa – sama, tiada enjin yang dengan seseran yang lebih kecil

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 09

Terdahulu, terdapat khabar angin mengatakan bahawa Saga spesifikasi Malaysia boleh menggunakan enjin 34-cc Pakistan yang lebih kecil, tetapi seperti yang ditunjukkan oleh lembaran spesifikasi rasmi, kereta spesifikasi Malaysia masih mendapat enjin 1,332-cc yang sama.

Oleh itu, output kuasa kekal tidak berubah pada 95 PS dan 120 Nm.

Baca juga: Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 10

Varian Premium S

Seperti sebelum ini, pilihan transmisi juga sama, dengan transmisi automatik 4-kelajuan daripada Hyundai dan manual 5-kelajuan. Kedua-dua transmisi menghantar kuasa ke roda hadapan.

Baca juga: Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah!

Di bawah kulit – Tayar dan talaan penyerap hentak baru

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 11

Atlas AS380 14-inci pada varian Standard 

Selain perubahan yang boleh dilihat, rangkaian Proton Saga yang dikemas kini kini mendapat tayar Atlas AS380. Tayar baru ini, yang didatangkan dalam saiz 14 dan 15 inci, dikatakan menawarkan cengkaman yang lebih baik serta mengurangkan bunyi bising. Sistem penyerak hentak juga telah ditala semula untuk menawarkan keselesaan tunggangan dan pengendalian yang lebih baik.

Konklusi – nak beli Saga baru, atau pilih Bezza?

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 12

Bagi pembeli yang berminat untuk membeli sedan peringkat permulaan, hanya ada dua pilihan: Proton Saga atau Perodua Bezza.

Walaupun Saga yang dikemas kini kini menawarkan kemasukan tanpa kunci dan butang push-start, Bezza masih di hadapan sedikit kerana ia menggabungkan lampu depan LED merentasi semua varian.

Lama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton? 13

Bezza yang berspesifikasi tinggi juga memasukkan suite ASA 2.0 AEB, sesuatu yang sukar ditawarkan oleh Proton walaupun pada Iriz atau Persona.

Selain itu, Perodua Bezza adalah pilihan yang lebih baik bagi mereka yang mengutamakan penjimatan bahan api. Semasa ujian kami dengan kedua-dua sedan segmen A, Bezza mengembalikan 6.34 liter/100 km, manakala Saga melakukan 7.2 liter/100 km.

Antara keduanya, yang manakah pilihan anda?

Baca juga: Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda