window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru

Zamil Syaheer · Jul 9, 2022 04:00 PM

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 01

Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru sahaja mendapat facelift yang tidak terhad kepada kosmetik. Terdapat peningkatan dalam bentuk sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang standard merentas barisan varian Serena baru.

Di sini, kita akan melihat peningkatan yang telah diterima oleh model facelift berbanding pendahulunya.

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 masih lagi ditawarkan dengan 2 varian pemasangan tempatan (CKD) dalam bentuk Highway Star dan Premium Highway Star, namun harga telah meningkat sedikit:

  • Highway Star - RM 149,888 (sebelum ini ialah RM 128,000)
  • Premium Highway Star - RM 162,888 (sebelum ini ialah RM 139,000)

Baca juga: Nissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 01

Jadi, apakah yang anda dapat dengan harga yang lebih tinggi? Kebanyakkan adalah ciri keselamatan aktif yang sememangnya penting bagi sesebuah kereta moden. Maklumlah, hidup hanya sekali sahaja.

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 02

Ciri ADAS yang dipertingkatkan, atau digelar Nissan Intelligent Mobility, memperkenalkan ciri berikut untuk kedua-dua varian yang sebelum ini tidak tersedia pada model pra-facelift:

  • amaran perlanggaran hadapan
  • brek autonomi dengan pengesanan pejalan kaki sehingga 5 km/j
  • amaran titik buta
  • amaran berlepas lorong
  • amaran lalu lintas lintas belakang

Baca juga: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 03

Seperti biasa, tiada model facelift yang lengkap tanpa beberapa semakan kosmetik dan ia tidak berbeza bagi MPV ini.

Bahagian hadapan kini menampilkan gril yang lebih rumit dengan lampu hadapan LED yang direka bentuk semula manakala bahagian belakang mendapat lampu belakang LED. Malangnya, kami tidak mendapat roda pasaran Jepun yang baru. Sebaliknya, ia meneruskan reka bentuk berukuran 16-inci yang sama daripada pra-facelift tetapi kini dicat hitam berkilat.

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 04

Di dalam, Premium Highway Star kini mempunyai skrin sentuh infotainment yang lebih besar; unit 9.0 inci. Walau bagaimanapun, Highway Star mengkekalkan penggunaan unit 6.75 inci dari model pra-facelift. Paling penting, kedua-duanya masih menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Selain itu, varian perdana juga mempunyai monitor dipasang di bumbung berukuran 11.6 inci untuk penumpang di baris kedua dan ketiga.

Tambahan pula, varian Premium Highway Star facelift kini mendapat tempat duduk kulit Nappa berquilt, dulang untuk bahagian bonet belakang, set karpet Tech-On, perakam video digital (DVR) dwi saluran dan lampu bacaan LED.

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 05

Trenkuasa kekal tidak berubah dengan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder aspirasi semula jadi yang sama menghasilkan 150 PS dan 200 Nm. Eco Motor menggantikan motor penghidup dan memberikan bantuan tork 48 Nm kepada ‘crankshaft’ melalui ‘belt pulley’ selama kira-kira 1 saat apabila diperlukan. Transmisi CVT yang sama masih lagi digunakan, menghantar kuasa ke roda hadapan.

Lama vs baru: Harga naik, tetapi ini adalah ciri tambahan dalam Nissan Serena S-Hybrid C27 2022 baru 06

Walaupun jaminan kenderaan masih lagi 5 tahun dengan perjanjian perbatuan tanpa had, kini terdapat tawaran tambahan yang memberikan perkhidmatan servis percuma (setiap selang satu servis) selama 5 tahun.

Ringkasnya, anda membayar untuk satu perkhidmatan penyelenggaraan berjadual dan mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan baru secara percuma selama 5 tahun. Perkara yang percuma merangkumi alat ganti dan upah pemasangan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda