window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut?

Khairil ยท Jul 5, 2022 09:00 AM

 

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 01

Agak pelik tetapi peningkatan jumlah syarikat penghantar motosikal atau p-hailing membabitkan makanan di Malaysia sejak kebelakangan ini katanya jadi penyebab pendapatan 'rider' mengalami penurunan, menurut laporan yang dikeluarkan The Star, baru-baru ini.

Seperti diketahui, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan ancaman Covid-19 yang menyaksikan lonjakan industri perkhidmatan berterasan dalam talian termasuk p-hailing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 01

Sumber imej: Herald Malaysia

Tetapi selepas lebih dua tahun wabak itu melanda dunia dan Malaysia, lambakan pengendali perkhidmatan itu ketika ini dikatakan menjadi 'masalah' kepada golongan penghantar ini, seperti dalam tinjauan yang dibuat di Pulau Pinang oleh akhbar berkenaan.

Seorang penghantar yang ditemubual, Mohd Fhamie Mohd Shukri, 27, berkata pendapatannya menyusut dengan banyak sekarang jika dibandingkan dengan tempoh ketika PKP.

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 02

Sumber imej: CompareHero

"Pendapatan saya menurun daripada RM 600 ke RM 300 sejak beberapa bulan lalu," katanya. "Ini berkemungkinan kerana kehadiran syarikat penghantar makanan baharu berbanding sejak tiga tahun lalu."

Mengulas lanjut, Mohd Fhamie berkata sepanjang tiga tahun berada dalam bidang penghantar makanan, dia boleh menerima sebanyak 20 pesanan dalam sehari.

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 03

Sumber imej: FB

"Tetapi peluang untuk mendapat pesanan seperti sebelum ini berkurang, kamu perlu bekerja lebih keras untuk mencapai sasaran 20 pesanan, dan ia juga bermakna kami perlu berada di atas jalan dari jam 7 pagi hingga tengah malam (untuk mencapainya)," katanya.

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 04

Sumber imej: airasia newsroom

Seorang lagi penunggang penghantar Faroz Asraf, 38, berkata dia menjangkakan pendapatan penunggang penghantar akan terus menurun dalam tempoh beberapa bulan berikutan tahap persaingan yang semakin tinggi.

"Sebelum ini, hanya ada dua syarikat yang menawarkan servis menghantar makanan. Tetapi sekarang, ada sekurang-kurangnya enam syarikat yang melakukan perkara yang sama. 

Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang penghantar jadi susut? 05

Sumber imej: SmartBite

"Ini membuka lebih banyak peluang untuk mereka yang mahukan kerja tambahan tetapi dalam masa yang sama, kurang pesanan untuk kami," katanya tanpa mendedahkan syarikat yang dia sedang berkhidmat.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan itu turut menyebut penjualan motosikal bawah 150 cc terutama 'kapcai' sememangnya lebih baik ketika tempoh PKP dikuatkuasakan berbanding ketika ini dan sebelum pandemik melanda. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda